KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, sekali lagi mengingatkan semua pihak untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan insititusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau berkata perkara ini penting, kerana ia boleh menggugat perpaduan yang telah lama terjalin dan dipupuk sejak awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.
"Saya ingin memperingatkan, dalam semangat hari-hari lebih kurang seminggu sebelum hari mengundi pada 12 Ogos nanti, tolong hati-hati, jangan bermain isu 3R terutama dalam media sosial.
"... jangan menang sorak, kampung tergadai. Jangan sebab kita hendak menang PRN, maka kita gadaikan perpaduan yang telah lama kita pupuk sejak tahun awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di sini, semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian PRN enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
Ketika ditemui pemberita, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata setakat ini, media sosial terutama TikTok, belum mempunyai sistem 'social media listening tool' yang boleh meneliti dan memantau kandungan tertentu, seperti 3R.
Justeru, beliau berkata pemantauan kandungan ketika ini lebih bersifat manual, bagi mencari ciri-ciri kandungan tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
Fahmi melakukan acara pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, 4 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza - Fahmi
Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi bertemu pelajar, diaspora Malaysia di Turkiye
Menteri Komunikasi yang dalam rangka lawatan kerja ke Turkiye, menghadiri sesi perjumpaan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di negara itu malam tadi.
Kerajaan tidak pernah bincang pengenalan cukai langganan ChatGPT - Fahmi
Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pelesenan media sosial: Kerajaan tidak boleh beri masa tambahan - Fahmi
Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform tersebut, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan.
Rancangan pelesenan media sosial Malaysia kurang jelas, ancam inovasi digital - Meta
Meta Platforms mengkritik rancangan Malaysia untuk mewajibkan platform media sosial memohon lesen pengawalseliaan menjelang Januari 2025.
Meta, MCMC teruskan perbincangan pelesenan media sosial perangi jenayah pedofilia - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian.
Deepavali: Dua veteran media terima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA
Kedua-dua penerima itu ialah bekas wartawan Tamil Malar R. Saraspathy dan bekas pembaca pruf Tamil Nesan S. Batemaly.
RUU Majlis Media akan dibentang pada sidang Parlimen ini - Fahmi
Kelewatan pembentangan RUU berkenaan kerana terdapat permohonan daripada Malaysian Productivity Council (MPC) yang meminta agar ia melalui proses Analisis Impak Peraturan (RIA).
Othman Hafsham Tokoh Anugerah Seri Angkasa 2024
Othman menerima wang tunai RM10,000, trofi, barang kemas bernilai RM30,000 dan kereta Proton S70 atas sumbangan beliau dalam industri.
Akaun 'sexual grooming': Fahmi sahkan MCMC ada terima aduan
Menteri Komunikasi mengesahkan MCMC ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.