Masyarakat Malaysia kita perlu memahami konsep wasatiyyah sebagai satu kaedah bagi memupuk kebersamaan dan keharmonian dalam negara.
Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (ISW), Datuk Mohd Yusuf Din berkata, umat Islam perlu mengamalkan konsep 4K dalam memahami dan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam kehidupan.
"Kesederhanaan, keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan.
"Jika seseorang itu hanya bersemangat mengamalkan ajaran agama tetapi tidak berlandaskan ilmu, niat yang baik itu boleh tersasar," jelas beliau.
Katanya, dasar 4K ini juga telah dipersetujui oleh Kabinet.
"Bagi kami, sudah sampai masanya untuk mengetengah satu konsep supaya masyarakat kita yang penuh dengan kepelbagaian, dapat hidup bersama secara harmoni," kata beliau ketika ditemui Astro AWANI.
Beliau turut mengumumkan mengenai Seminar Fiqh At-Ta'ayush yang bakal diadakan 5 dan 6 Mac depan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ia terbuka untuk dihadiri oleh kedua-dua umat Islam dan bukan Islam bagi membentuk persefahaman dan keterbukaan antara dua golongan tersebut.
"Jika kita ingin mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50) tetapi masyarakat bersikap tegar dan tiada semangat tolak ansur, kita perlu mengetengahkan satu konsep yang adil dan baik untuk semua orang.
"Dalam kita menuju TN50 dan melahirkan ramai belia yang serba boleh dalam pelbagai bidang, pendekatan wasatiyyah perlu diterapkan," tambah beliau.
Zaim Ibrahim
Mon Feb 26 2018

MOHD YUSUF: Jika kita ingin mencapai TN50 tetapi masyarakat bersikap tegar dan tiada semangat tolak ansur, kita perlu mengetengahkan satu konsep yang adil dan baik untuk semua orang. - Astro AWANI

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Fahami konsep wasatiyyah, pupuk kebersamaan antara kaum
Umat Islam perlu mengamalkan konsep 4K dalam memahami dan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam kehidupan.