JOHOR BAHRU: Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menafikan ada mengeluarkan surat sokongan supaya memudahkan urusan kerajaan yang melibatkan bapanya, Mad Shah Alus.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata, perbuatan tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan reputasinya sebagai Exco kerajaan negeri.
"Hari ini saya ditanya oleh ramai rakan media mengenai satu salinan surat yang tular dan beberapa 'posting' di media sosial mendakwa saya menyalahgunakan kuasa mengeluarkan surat sokongan sebagaimana yang ditularkan.
"Saya menafikan pernah mengeluarkan atau menggunakan surat sebagaimana kandungan yang ditularkan, bahkan ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan membabitkan ahli keluarga saya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ketika ini tular satu surat yang ditandatangani beliau memohon supaya segala urusan berkaitan kerajaan perlu diberi keutamaan.
Dalam surat tersebut juga beliau mengesahkan bahawa Mad Shah Alun adalah bapanya dan pengesahan itu dibuat bagi membolehkan semua urusan berkaitan dengan kerajaan dipermudahkan.
Mohd Hairi berkata, beliau ingin bertanya dan meminta kepada pihak yang menularkan surat itu bagi mengemukakan bukti daripada mana-mana jabatan atau agensi jerajaan di negeri ini yang ada menerima surat berkenaan daripada beliau atau pejabatnya.
"Dengan adanya pelbagai aplikasi dan teknologi masa kini, tidak mustahil paparan surat ini adalah palsu dan disunting pihak tertentu dengan niat mahu memburukkan serta menjatuhkan reputasi saya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023

Salinan surat yang tular di media sosial. Mohd Hairi (kanan). - Sinar Harian

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Tunku Mahkota Ismail perkenan Johor anjur bola sepak Sukan SEA 2027
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail perkenan penganjuran bersama acara bola sepak Sukan SEA 2027, diadakan di Johor.

Jadikan usaha pemerkasaan belia sebagai agenda penting - Mohd Hairi
Belia harus diberi peranan penting dalam pembinaan negara sebagai sebahagian daripada usaha membentuk masa depan yang cemerlang.

Cadangan bentuk Kerajaan Perpaduan di Johor hanya mahu melaga-lagakan
Mohd Hairi berkata, kestabilan di Johor sepatutnya dikekalkan, bukan diganggu dengan kenyataan-kenyataan politik yang tidak sepatutnya.

Johor mahu tarik kehadiran pelancong menerusi pelancongan sukan
Perancangan berkenaan akan dimulakan pada tahun depan dengan kerjasama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sukan Bangsa Johor diadakan di semua DUN Ogos ini
Empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.

Yahya Jaafar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, ketepikan Mohd Hairi
Datuk Yahya Jaafar dinamakan sebagai Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru sekali gus mengetepikan Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah dalam pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung hari ini.

PRN: Generasi muda UMNO tiada masalah undi calon PH - Pemuda UMNO
Penyokong UMNO khususnya generasi muda tidak mempunyai masalah mengundi calon Pakatan Harapan (PH) termasuk daripada DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Johor hasrat jadi hab pelancongan sukan
Kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan Johor sebagai hab pelancongan sukan terutamanya selepas menjadi destinasi penganjuran beberapa kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.

Exco Johor nafi keluar surat sokongan bapa
Perbuatan tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan reputasinya sebagai Exco kerajaan negeri.