KUALA LUMPUR: Persoalan tentang usia muda dan kurang pengalaman bukan isu utama dalam konteks pentadbiran kerajaan sesebuah negeri.
Penganalisis Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, pelantikan 70 peratus golongan muda dan 100 peratus muka baharu bagi 10 jawatan Exco Johor perlu menjadi contoh dan dilihat sebagai nafas baharu dalam politik.
"Sangat klise apabila kita mengatakan mesti ada orang lama dan baharu dalam pentadbiran. Itu bukan persoalannya kerana pengalaman itu berevolusi secara masa, pengalaman datang dari peluang yang diberikan.
"Mungkin ada kesilapan dan hiccup di mana-mana sebab mereka masih baharu tetapi dalam konteks kerajaan, sebuah pentadbiran harus mempunyai satu bentuk ekosistem lengkap. Ada pegawai tadbir yang membantu exco, barisan exco juga akan dibantu dalam konteks pembuatan dasar dari pihak legislatif Johor. Mereka ini boleh membantu memberi input.
"Yang penting sekarang ialah bagaimana exco ini akan melaksanakannnya. Saya percaya mereka bersemangat, mereka ada idealisme, mahu keluar dan bawa UMNO khususnya dan pentadbiran negeri Johor ke tahap lebih tinggi kerana mereka sedar suasana politik sudah berubah, demand rakyat juga semakin besar," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Ahad.
Dalam masa yang sama, Mujibu berkata realiti dunia politik tetap perlu diterima, di mana sikap ego dan kepartian sedikit sebanyak masih wujud.
"Contoh pentadbiran yang baik ialah apabila semua pihak memainkan peranan dan mempunyai nuansa yang sama iaitu untuk kemajuan dan kebaikan Johor.
'Mungkin akan ada mempersoalkan mengangkat orang muda secara besar-besaran tetapi sebagai sebuah negeri, mereka harus cari sinergi dan bekerjasama dalam menggembleng tenaga supaya pentadbiran negeri berjalan dengan baik seperti yang dituntut rakyat," ujarnya.
Semalam, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Mereka yang mengangkat sumpah jawatan berkenaan adalah ADUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), K Raven (Tenggaroh), Khairin Nisa Ismail (Serom) dan Mohd Hairi Mad Shah (Larkin).
Selain itu, Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah), Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir) dan Norliza Noh (Johor Lama).
Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 pada 15 Mac lalu di hadapan Sultan Johor.
Madiha Abdullah
Sun Mar 27 2022
Semalam, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri di hadapan Sultan Johor. - Foto ihsan RPO
“Israel boleh serang di mana-mana sahaja di Asia Barat” - Ketua IDF
Tentera Israel juga didakwa tahu bagaimana untuk menyerang dengan tepat dan dengan kekuatan.
“Iran enggan berperang, Israel yang paksa bertindak balas” - Presiden Massoud Pezeshkian
Presiden Massoud Pezeshkian beri amaran Iran tidak akan berdiam diri sekiranya Israel bertindak balas.
“Israel akan teguh bersatu,” kata Netanyahu selepas lapan tenteranya terbunuh
"Kami berada di tengah-tengah peperangan yang sukar menentang paksi kejahatan Iran yang bertujuan untuk memusnahkan kami." - Netanyahu
Lapan tentera Israel maut diserang Hezbollah di Lubnan
Kesemua mereka maut dalam dua pertempuran berasingan di selatan Lubnan pada Rabu.
Penganalisis ramal Malaysia bakal menjadi hab pusat data terbesar di ASEAN
Kira-kira 2 GW inventori sedang dalam pembinaan dan komited, sebahagian besarnya di Johor, dengan hampir 3 GW dalam peringkat pembangunan.
Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang
Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail juga menekankan perlu wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.
Pahang mempunyai potensi lahirkan pemimpin berkaliber
Ia bersandarkan kepada pelbagai insentif dan dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri Pahang termasuk program Akademi Menara Gading.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Pelaksanaan Akta 852 galak persekitaran sihat, selamat untuk semua
Rakyat Sarawak menyifatkan akta yang diwartakan pada 2 Feb lepas itu penting untuk melindungi kesihatan orang ramai.
Peruntukan hampir RM1 juta tahun ini untuk atasi banjir di Kluang
Peruntukan itu antara lain untuk kerja naik taraf benteng sungai, memulihkan saliran dan pemuliharaan tebing.
Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad
Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).
Pencemaran bau di Johor: 'Saya belum terima laporan terkini' - Nik Nazmi
Kerajaan tidak berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebabkan pencemaran bau di Johor jika benar wujud penjenayah alam sekitar dalam kes itu.
#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti
Program #BerbudiBersama anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam jelajahnya di lokasi ketiga di Johor menampilkan kelainan tersendiri.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Johor cadang SFZ Forest City dilaksana bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan inisiatif Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.
Petani, penternak di Johor digesa guna teknologi terkini - Exco
Teknologi moden boleh diaplikasikan dalam semua peringkat bermula daripada semaian hingga tuaian hasil.