KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa Pengarah Urusan Ewein Zanith Sdn Bhd (EZCB) Datuk Ewe Swee Kheng tidak menunjukkan perasaan takut semasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapannya berkaitan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Penolong Penguasa SPRM Mohamad Hambia, 29, berkata pada 21 Julai 2020 beliau telah menerima arahan daripada seorang pegawai atasan SPRM untuk merakam percakapan Ewe, 53, dan dua rakaman percakapan ahli perniagaan itu diambil pada 22 dan 24 Julai 2020 di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
"Saksi itu dipanggil untuk datang ke ibu pejabat SPRM dan tiba pada 10.30 pagi. Saya kemudian membawa saksi ke bilik rakaman percakapan dan saksi diberikan rakaman percakapan terdahulu untuk dibaca dan diimbas semula, saksi mengakui beliau ingat.
"Saya mula merakam percakapannya pada 11 pagi dan semasa rakaman percakapan diambil saya ada bertanya kepada saksi adakah beliau selesa dan saksi itu menyatakan dia selesa dan rakaman percakapan terus diambil selain saya turut memberi Datuk Ewe makan dan minum semasa rakaman percakapan itu diambil," katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Francine Cheryl Rajendram pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
Pada prosiding sebelum ini, saksi pendakwaan ke-15, Muhammad Nazree Mansor yang juga Penolong Penguasa SPRM memberitahu mahkamah bahawa Ewe meluahkan rasa kebimbangan akan keselamatannya selepas membuat pendedahan berkaitan kes rasuah Lim melibatkan projek tersebut.
Sementara itu, saksi pendakwaan ke-27 itu berkata selepas rakaman percakapan diambil, beliau telah meminta Ewe untuk membaca semula dan menurunkan tanda tangannya yang ditulis nama berserta nombor kad pengenalan bagi memenuhi syarat di bawah Seksyen 30 (8) Akta SPRM.
Disoal Francine adakah Ewe diberi peluang untuk meminda rakaman percakapannya, Mohamad menjawab, "Ada, tetapi saksi (Ewe) tidak meminda dan menandatanganinya."
Kepada soalan adakah Ewe masih hidup, Mohamad menjawab, "Datuk Ewe sudah meninggal dunia, Puan".
Mendiang Ewe yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 meninggal dunia, selepas dilaporkan terjatuh di sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, pada 5 Okt 2021.
Bagaimanapun, pada 16 Dis 2021, mahkamah membenarkan rakaman percakapan mendiang Ewe diterima masuk dan ditandakan sebagai ekshibit dalam perbicaraan kes rasuah itu.
Semasa disoal balas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim, saksi itu berkata Ewe dalam rakaman percakapannya juga memberitahu Lim dan ahli keluarganya tidak pernah membeli unit kediaman di City of Dreams.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022
![Ewe tidak takut, selesa semasa SPRM rakam percakapan dalam kes rasuah Guan Eng Ewe tidak takut, selesa semasa SPRM rakam percakapan dalam kes rasuah Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654612965_LimGuanEng.jpg)
Lim turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng
Dr Mahathir berkata, beliau sudah pasti menghormati kedudukan Guan Eng sebagai ketua DAP yang ketika itu merupakan ahli gabungan kerajaan.
![Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704798556_LimGuanEng.jpg)
Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini
Pasukan pembelaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng gagal dalam permohonan untuk menangguhkan prosiding.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715760551_DrSitiMasturaMuh.jpg)
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
![Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714704850_GuanEngjpg.jpg)
Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
![Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710491193_TBLIMGUANENGjp.jpg)
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
![Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710491193_TBLIMGUANENGjp.jpg)
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
![Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709647177_LimGuanEng.jpg)
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
![Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698919108_LimGuanEng.jpg)
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.