Pasukan keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya menembak mati 10 penjenayah rentas sempadan disyaki terlibat dalam penculikan untuk wang tebusan di sekitar perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dalam tempoh dua tahun sejak 2017.
Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata kesemua suspek ditembak, masing-masing seorang di Kunak, tiga di Kalabakan, empat di perairan Felda Sahabat, Lahad Datu serta dua di kawasan Pulau Boheyan, Semporna.
Tanpa menafikan berlaku dua kes penculikan dalam tempoh sama, Hazani berkata Esscom juga berjaya menggagalkan enam percubaan rompakan serta penculikan dengan tiga kes di Kinabatangan dan masing-masing satu kes di Semporna, Lahad Datu selain Sandakan.
Katanya, sebagai badan yang diberi tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan di Esszone, pasukan Esscom berusaha keras memperkasa kawalan keselamatan termasuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan di Filipina.
"Hasil kerjasama ini, satu senarai membabitkan 46 individu dipercayai penjenayah yang aktif terlibat jenayah rentas sempadan termasuk kegiatan penculikan, dikehendaki pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina disediakan.
Namun setakat 5 Januari tahun ini, daripada 48 itu 28 individu telah dineutralkan oleh pasukan keselamatan Filipina dan senarai terkini individu dikehendaki adalah 18 orang termasuk tujuh muka baharu," katanya.
Tidak hanya tertumpu kepada penjenayah rentas sempadan, Hazani berkata Esscom juga bekerjasama dengan pasukan cawangan khas dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah serta Bukit Aman untuk menjejaki dan mengesan elemen pengganas Daesh di Esszone.
"Hasil kerjasama tersebut empat individu dipercayai pejuang pengganas asing yang bersembunyi di Esszone kita tahan," katanya.
Sementara itu, dalam usaha memperkasa kawalan keselamatan di laut, udara dan darat, Hazani berkata pelbagai operasi dilaksana termasuk Op Gasak, Op Gasak Laut, Op Bersepadu, serta Pusat Pemeriksaan Daratan atau "Road Check Point" (RCP) di kawasan Esszone.
Susulan pelaksanaan operasi itu, katanya misalnya pewujudan sekatan RCP di Kalabakan, Tawau serta Sapi Nangoh Sandakan menunjukkan keberkesanan dalam mengekang aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta bahan terlarang termasuk dadah dan minuman keras.
"Misalnya RCP Sapi Nangoh berjaya menahan 200 PATI pada hari kedua pelaksanaannya sejak dilancar pada 6 Mac lepas, dan begitu juga di RCP Kalabakan banyak kejayaan menumpaskan kegiatan jenayah," katanya.
Hazani yang menafikan Esscom akan ditutup berkata berkata badan itu dalam proses pemantapan dan pemerkasaan operasi melibatkan tiga agensi di bawahnya iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Katanya, usaha memperkasakan Esscom itu termasuk memperhalusi tugas di bawah bidang masing-masing selain melicinkan tugas-tugas pengoperasian, perintah dan aset.
Hazani dalam pada itu, bersyukur kerana menerima kerjasama dan sokongan penuh daripada Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang prihatin terhadap isu keselamatan di Esszone dan seluruh Sabah.
--BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2019
HAZANI: Esscom juga berjaya menggagalkan enam percubaan rompakan serta penculikan dengan tiga kes di Kinabatangan dan masing-masing satu kes di Semporna, Lahad Datu selain Sandakan.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.
KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri susulan pendedahan ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin
Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.
Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.
Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
PRN: Dakwaan Sanusi diancam, Polis Kedah panggil Ahli Parlimen bantu siasatan
Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan ancaman keselamatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Sanusi mungkin 'terperangkap' dalam kesesakan - Ayob Khan
Istilah perangkap yang digunakan mungkin merujuk kepada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.
Pertukaran 332 pegawai perubatan dilulus - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan rayuan permohonan penempatan 332 pegawai perubatan di seluruh negara dan perlu melapor diri pada 31 Julai ini.