Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlaku kes berbalas tembak antara anggota keselamatan dengan suspek penjenayah rentas sempadan di kawasan perairan Pulau Pom Pom, Semporna pada Selasa.
Bagaimanapun katanya dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiada anggota pasukan gerakan am (PGA) yang tercedera.
"Kira-kira jam 3 pagi, anggota satu daripada pos kawalan mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau. Apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, pihak PGA mendengar dua das tembakan dilepaskan.
"Dalam keadaan itu, anggota PGA membalas semula tembakan, yang memaksa suspek melarikan diri dalam gelap," katanya kepada Bernama.
Menurut Abdul Rashid ketika kejadian jarak antara bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.
Abdul Rashid berkata dalam keadaan gelap itu jelas kelihatan percikan daripada bot berkenaan ketika tembakan dilepaskan namun tidak mengenai apa-apa.
"Kejadian berlaku di dalam kawasan perintah berkurung. Kami tidak pasti berapa ramai suspek di dalam bot itu dan apa niat mereka," katanya.
Abdul Rashid berkata pemeriksaan oleh anggota keselamatan di lokasi pada keesokan paginya tidak menemui apa-apa tanda bot itu terkena tembakan anggota PGA.
Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan anggota keselamatan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman daripada penjenayah rentas sempadan.
Bernama
Wed Jul 01 2015

Bagaimanapun katanya dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiada anggota pasukan gerakan am (PGA) yang tercedera. -Gambar hiasan

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

ESSCom sahkan pasukan keselamatan berbalas tembak dengan penjenayah
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlaku kes berbalas tembak antara anggota keselamatan dengan suspek penjenayah di Pulau Pom Pom.