Kandungan enzim cholinesterase dalam badan Kim Chol berada tahap rendah berbanding manusia normal.
Perkara tersebut disahkan pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Norashikin Othman yang membuat ujian sampel bukan sahaja ke atas si mati yang didakwa sebagai Kim Jong Nam, malah kepada dua tertuduh.
Dr Norashikin berkata ia merupakan enzim terkandung di dalam badan yang mengawal otot serta koordinasi anggota badan termasuk kelenjar peluh.
"Ya, Siti Aisyah dan Doan adalah normal kecuali bagi Kim Chol iaitu 344 julat di mana bacaan normal lelaki adalah antara 5320 hingga 12,090," katanya yang merupakan saksi kelima pendakwaan.
Malah, katanya kekurangan enzim tersebut boleh menyebabkan otot dan jantung seseorang itu gagal berfungsi secara normal.
BACA: Air liur, darah bercampur muntah dalam mulut Kim Jong Nam - doktor
Ditanya sama ada agen saraf VX boleh menyebabkan enzim cholinesterase berkurangan, Dr Norashikin menyatakan "ya".
"Ia (agen saraf VX) juga boleh kecilkan anak mata. Pengecutan anak mata yang berterusan boleh dikaitkan dengan agen saraf VX," katanya.
Malah, Dr Norashikin turut mendedahkan dua jenis antidot termasuk faktor-faktor lain yang boleh menghalang fungsi agen saraf VX.
"Terdapat dua jenis antidot iaitu atropine dan oxime.
"Ia bergantung kepada banyak perkara yang boleh menghalang racun bertindak termasuk pendedahan, jangka masa, mekanisme yang digunakan, dikontiminasi.
"Kalau basuh tangan juga boleh kurangkan reaksi dan halang racun bertindak," ujarnya di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.
Perbicaraan ditangguhkan pukul 12.15 tengah hari dan bersambung semula pukul 2 petang.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 03 2017

DR NORASHIKIN: Pengecutan anak mata yang berterusan boleh dikaitkan dengan agen saraf VX
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kim Chol sukar bernafas sebab paras enzim cholinesterase rendah - doktor
Pegawai Perubatan Jabatan Patologi HKL Dr Nur Suraya Jamalludin berkata, kekurangan enzim cholinesterase akan menyebabkan paru-paru seseorang individu mengeluarkan bunyi berdehit.

Enzim kurang punca otot dan jantung Jong Nam gagal berfungsi - Pakar
Kandungan enzim cholinesterase dalam badan Kim Chol berada tahap rendah berbanding manusia normal.