KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menunjukkan peningkatan dari 40.95 peratus pada 2021 kepada 45.73 peratus setakat Ogos lalu.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, data berkenaan menunjukkan peningkatan memberangsangkan, sekali gus membuktikan kecenderungan generasi muda mendalaminya.
"KPM sentiasa berusaha membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menyertai aliran STEM.
"Sehingga Ogos lalu, data KPM menunjukkan peratusan enrolmen murid STEM meningkat daripada 40.95 peratus pada 2021 kepada 45.73 peratus pada 2023," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang meminta menteri menjelaskan langkah diambil Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani penurunan pelajar menengah atas yang menyertai aliran STEM dari 2017 dan 2024.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, pelbagai langkah penting diambil terutama melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Beliau memberitahu, PPPM memberi penekanan kepada meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran baharu dan pemantapan kurikulum, meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru bidang STEM serta meningkatkan kesedaran terhadap STEM dalam kalangan murid, ibu bapa dan orang awam.
Selain itu katanya, usaha meningkatkan kompetensi guru dan pemantapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah juga merupakan antara langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan minat murid seterusnya mendorong mereka untuk memilih aliran STEM di peringkat kajian yang lebih tinggi.
Pada masa sama beliau berkata, "KPM turut memberi perhatian kepada kesediaan infrastruktur bagi menyokong pendidikan STEM," katanya.
Beliau menjelaskan, ada inisiatif yang diumum pada pembentangan Belanjawan 2024, termasuk peruntukan RM100 juta untuk pemerkasaan STEM bagi tujuan menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer serta perolehan peralatan baharu.
Selain itu, katanya, peruntukan lain ialah RM254 juta yang diluluskan untuk pembekalan peralatan pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) sekolah rendah dan tujuan ubah suai naik taraf Bilik Reka Bentuk Teknologi (RBT) sekolah rendah dalam Rolling Plan ketiga.
Menurut Fadhlina, sinergi di antara kementerian juga diperkukuhkan termasuk dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi memperkukuhkan ekosistem pendidikan STEM.
Umavathi Ramayah
Thu Oct 19 2023

Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi perhatian kepada kesediaan infrastruktur untuk menyokong pendidikan STEM seperti diumum dalam Belanjawan 2024.- Foto Japen

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.

Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah yang tegas dan tuntas bagi menangani rasuah dalam sektor awam.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Enrolmen murid aliran STEM meningkat 45.73 peratus - Fadhlina
Enrolmen murid dalam aliran STEM menunjukkan peningkatan daripada 40.95 peratus pada 2021 kepada 45.73 peratus pada 2023.