PEMAIN biola profesional, Endang Hyder yang sebelum ini tular kerana terpaksa menjual biola kesayangan untuk menampung perbelanjaan perubatan bapanya akhirnya terpaksa menjual biola itu sekali lagi untuk tujuan sama.
Endang atau nama sebenarnya, Ell Zain Hyder Zainuddin, 36, berkata, rakaman video gesekan viola yang dimuat naik di laman Twitternya pada Khamis menjadi cagaran terakhirnya sebelum menjual dua biola miliknya itu.
"Saya rasa ini adalah cagaran terakhir sebelum saya perlu meletakkan kembali kedua-dua biola untuk dijual.
"Saya melakukan perkara ini hanya untuk membantu ayah saya buat waktu ini," katanya menerusi ciapan di Twitternya.
Pada 2020, kisah Endang yang terpaksa menjual salah satu biola kesayangannya untuk membayar bil perubatan bapanya yang kehilangan kedua-dua belah kaki akibat diabetes tersiar di media sosial dan akhbar.
Walaupun ramai dalam kalangan masyarakat yang bersimpati dan menyalurkan sumbangan serta bantuan, kekangan kewangan Endang berterusan sehingga sekarang akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.
Untuk membayar bil perubatan bapanya, Zainuddin Mohd Ottok, 72, memilih untuk menjual salah satu biolanya walaupun bekerja keras untuk mendapatkannya.
Ibu tunggal tiga anak yang tinggal bersama ibu bapanya di Kampar, Perak itu mula bermain biola sejak berusia 10 tahun lagi dan pernah membuat persembahan di peringkat antarabangsa serta sering memuat naik persembahannya di Youtube dengan memainkan lagu-lagu saduran moden dan klasik popular.
Berikutan itu, Endang turut meminta maaf kepada dua individu yang dikenali sebagai Datuk Adnan dan Datuk Syed yang sebelum ini membeli biolanya dan kemudian memberikan semua biola itu kepadanya
Dalam ciapannya pada Januari lalu, dia juga sangat mengalu-alukan warganet yang melihat persembahan menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial untuk memberi sumbangan seikhlas hati serta mengharapkan orang ramai menjemputnya untuk menghiburkan mereka.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 04 2022
Ell Zain Hyder Zainuddin berkata rakaman video gesekan viola yang dimuat naik di laman Twitternya pada Khamis menjadi cagaran terakhirnya sebelum menjual dua biola miliknya itu. -Twitter
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Endang Hyder terpaksa jual sekali lagi biola kesayangan
Rakaman video gesekan viola yang dimuat naik di laman Twitternya pada Khamis menjadi cagaran terakhirnya sebelum menjual dua biola miliknya itu.