GEORGE TOWN: Polis menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka dan merampas 139.5 kilogram (kg) ganja bernilai RM432,614 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Mahkamah, Bayan Lepas dekat sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalankan operasi terancang dan menyerbu rumah itu pada pukul 8 malam sebelum menahan dua lelaki berusia 25 dan 49 tahun di situ.
Beliau berkata susulan soal siasat polis kemudiannya menahan seorang wanita berusia 48 tahun bersama seorang anak lelaki dan dua anak perempuan berumur 15 hingga 29 tahun yang baru pulang daripada mengerjakan solat terawih di rumah yang sama.
"Hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis merampas lima guni berisi 133 ketulan mampat ganja seberat 133.9kg, satu pek beg plastik mengandungi lima ketulan ganja (5kg) dan 83 peket kecil ganja seberat 0.6 kg," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Berdasarkan siasatan awal semua dadah itu diseludup dari negara jiran dipercayai menggunakan jalan darat oleh rangkaian sindiket pengedaran dadah dan dihantar kepada lelaki berusia 49 tahun itu di Bayan Lepas.
Mohamed Usuf berkata sindiket itu kemudiannya akan membungkus semula ganja tersebut dalam pelbagai saiz sebelum mengedar dan menjual kepada pelanggan di sekitar Pulau Pinang sehingga mampu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit setiap bulan.
Katanya siasatan juga mendapati sindiket itu bergiat aktif sejak Jun tahun lepas dan kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan 280,000 penagih.
"Kesemua yang ditahan itu tidak mempunyai pekerjaan, manakala remaja lelaki yang berusia 15 tahun itu sudah tidak bersekolah dan ujian air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah serta turut mempunyai rekod lampau.
"Berdasarkan siasatan pasangan suami isteri itu adalah dalang utama sindiket pengedaran dadah tersebut dan polis masih menjalankan siasatan mengenai peranan tiga anak mereka dalam kegiatan itu," katanya.
Menurutnya lima suspek direman selama tujuh hari manakala remaja lelaki direman sehingga 26 Mac dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Kata Mohamed Usuf, siasatan juga mendapati sindiket itu bergiat aktif sejak Jun tahun lepas dan kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan 280,000 penagih. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram
PGA Briged Tenggara menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 16.17 kg dadah jenis ganja dianggarkan bernilai lebih RM50,000, di pangkalan haram Hassan Merah dekat Rantau Panjang.

38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.

Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah

Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.

Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.