KOTA KINABALU: Enam telaga tiub dibina bagi mengatasi masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata projek pembinaan empat telaga tiub itu kini sedang dilaksanakan dua kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan projek itu kini dalam fasa penggerudian.
"Sebelum ini ahli geologi UMS telah membuat kajian dan mengesahkan empat tapak berkenaan benar-benar mempunyai air dan sesuai untuk pembinaan telaga tiub. Pihak geologi kini sedang mencari tapak yang sesuai untuk membina dua lagi telaga tiub itu," katanya di UMS di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS mengenai isu bekalan air di universiti itu yang turut dihadiri Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Md Mansor.
Selasa lepas (9 Jan), Anwar dilaporkan mahu pihak berkaitan mengemukakan laporan teliti berhubung masalah bekalan air yang masih berlarutan di UMS, sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta tahun lepas bagi mengatasi masalah itu.
Rabu lepas (10 Jan), Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya dilaporkan berkata isu bekalan air dihadapi UMS dijangka dapat diselesaikan melalui projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2 yang kini sedang dalam proses perpaipan akhir dan dijadual siap akhir bulan ini.
Ditanya tempoh pelaksanaannya, Mustapha berkata projek berkenaan akan disiapkan secepat mungkin dan untuk memastikan ia berjalan lancar, laporan perkembangannya akan dipantau setiap minggu.
"Isu air ini telah menjadi agenda utama kita dan ia telah mendapat perhatian Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tinggi oleh itu, kita perlu pandang serius perkara ini agar dapat disiapkan dalam tempoh yang ditentukan," katanya.
Bagaimanapun, beliau menerangkan pembinaan enam telaga tiub berkenaan adalah langkah penyelesaian jangka pendek dan hanya mampu menyalurkan tambahan satu juta liter bekalan air sehari.
"Sedangkan 20,000 pengguna air di UMS memerlukan sekurang-kurangnya lima juta liter bekalan air sehari," katanya menambah langkah penyelesaian jangka panjang adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Air Sabah (JAS).
"JAS perlu memastikan bekalan air di UMS mencukupi...inisiatif yang UMS lakukan hanya untuk jangka pendek dan kita tidak tahu ia boleh bertahan sampai bila," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata projek pembinaan empat telaga tiub itu kini sedang dilaksanakan dua kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan projek itu kini dalam fasa penggerudian. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada lagi isu, bekalan air UMS pulih sepenuhnya
Bekalan air di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pulih sepenuhnya dan berupaya menampung keperluan pelajar sedia ada dan kemasukan baharu bagi sesi 2024/2025.

Isu bekalan air UMS: Enam telaga tiub siap dibina
Projek pembinaan enam telaga tiub di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah siap sepenuhnya dan akan berfungsi sebagai alternatif bagi mengatasi isu gangguan bekalan air di universiti itu.

Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.

Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.

Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.

JAKOA peruntuk RM450,000 bina telaga tiub di Kampung Orang Asli Merlong
JAKOA peruntukkan RM450,000 tahun ini bagi membina sistem bekalan air terawat di Kampung Orang Asli Merlong, menggunakan sumber telaga tiub.

Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Enam telaga tiub dibina guna peruntukan RM3 juta atasi masalah bekalan air di UMS
Projek pembinaan empat telaga tiub itu kini sedang dilaksanakan dua kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan projek itu kini dalam fasa penggerudian.

Penggunaan telaga tiub di Kelantan tidak jejas struktur tanah - Pakar
Penggunaan telaga tiub yang menjadi pilihan utama rakyat Kelantan sejak berdepan masalah bekalan air bersih beberapa tahun lepas tidak menjejaskan struktur tanah.

Kemarau beri rezeki berganda buat penggali telaga tiub di Kelantan
Permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan membina telaga tiub meningkat secara luar biasa sejak beberapa bulan lepas.