KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling akan dihentikan bermula Ahad ini membabitkan stesen Bandaraya, stesen Sultan Ismail, stesen PWTC, stesen Titiwangsa, stesen Sentul dan stesen Sentul Timur.
Pemberhentian operasi itu disebabkan tren digunakan untuk perkhidmatan antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur tidak lagi dapat memenuhi kriteria pengoperasian ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.
"Ia susulan kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lalu," kata Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan pada Khamis.
Jelasnya bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada.
Katanya, laluan perkhidmatan bas itu membabitkan bas LRT 11 dari LRT Masjid Jamek-LRT Bandaraya-LRT PWTC-LRT Titiwangsa-LRT Sentul-LRT Sentul Timur.
"Bagi bas LRT 13 pula dari LRT Masjid Jamek-LRT Sentul-LRT Sentul Timur dan bas LRT 14 dari LRT Masjid Jamek-LRT Titiwangsa.
"Perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 ini akan beroperasi dengan 40 bas dan kekerapan antara 10 hingga 15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa," jelas kenyataan itu.
Bermula 2 April ini juga, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah-LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek-LRT Bandaraya) akan ditamatkan.
"Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang sudah disediakan. Penguatkuasaan akan dijalankan pihak berkuasa bagi memastikan laluan bas ini tidak disalah guna kenderaan lain," katanya.
Katanya, penumpang juga disaran menggunakan laluan rel alternatif, iaitu bagi yang menuju ke Hang Tuah boleh menaiki Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa.
Bagi penumpang yang mahu ke Chan Sow Lin pula boleh menaiki laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.
"Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini," jelas kenyataan itu.
Mengulas lanjut Rapid Rail berkata, anggota operasi rel, polis bantuan dan troopers akan ditempatkan di stesen terbabit bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang.
"Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan dihadapi penumpang. Kami berterima kasih dan menghargai kesabaran penumpang," katanya.
Hakim Rahman
Thu Mar 30 2023

Bagi penumpang yang mahu ke Chan Sow Lin pula boleh menaiki laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa. - Gambar fail/ Astro AWANI

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.

Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.

Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.

Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.