GUA MUSANG: Enam sekeluarga nyaris rentung dan tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka yang didiami mereka di Kampung Lembaga, di sini musnah terbakar awal pagi tadi.
Ibu tunggal, Zainab Yunus, 59, berkata dia baru 20 minit tidur apabila tiba-tiba dikejutkan jiran supaya keluar dari rumah ketika kejadian berlaku pada 4 pagi.
"Saya segera bangkit daripada tidur sebelum mengejutkan dua anak bersama tiga cucu untuk menyelamatkan diri. Api marak sangat pantas, dalam 15 minit kebakaran merebak ke seluruh bahagian rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Zainab berkata dia tidak sempat menyelamatkan barang penting serta dokumen peribadi kerana kejadian berlaku sangat pantas.
"Kejadian turut memusnahkan sebuah van, sebuah kereta dan lima motosikal. Buat sementara waktu, kami akan menumpang di rumah saudara terdekat sebelum memikirkan pembinaan semula rumah menggantikan yang terbakar itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kejadian kebakaran itu pada 4.06 pagi.
"Sembilan anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi dan ketika sampai, api masih marak membakar rumah mangsa. Anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran, operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 7 pagi," katanya dan menambah punca kebakaran masih disiasat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
Zainab berkata dia tidak sempat menyelamatkan barang penting serta dokumen peribadi kerana kejadian berlaku sangat pantas. - Gambar hiasan
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.