JOHOR BAHRU: Lima pusat pemberian vaksin (PPV) di daerah ini telah dibuka untuk vaksinasi secara walk-in atau jumpa terus bermula hari ini dalam usaha mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di negeri ini, kata Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Abdul Rahman Salleh.
Beliau berkata PPV Taman Nusantara, Gelang Patah; PPV Iskandar Malaysia Studios (IMS), Iskandar Puteri; PPV Midvalley Southkey, Johor Bahru; PPV Taman Mawar, Pasir Gudang akan dibuka selama empat hari sehingga 24 Sept manakala PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin dibuka sehingga 30 Sept.
Menurut Abdul Rahman satu lagi PPV iaitu PPV Dewan Muafakat Johor Taman Adda akan dibuka pada 23 dan 24 Sept.
Beliau berkata langkah itu diambil untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk terutamanya yang tinggal di Johor Bahru bagi mencapai sasaran 100 peratus penduduk daerah itu sekurang-kurangnya menerima suntikan satu dos.
Setakat 18 Sept, kadar vaksinasi dos pertama di daerah itu adalah 96.8 peratus.
"Inisiatif vaksinasi walk-in ini adalah berdasarkan kaedah 'first come, first served' dan bertujuan untuk memberi ruang kepada penduduk yang masih belum mendapat janji temu dan belum mendaftar melalui aplikasi MySejahtera serta penduduk tercicir untuk mendapatkan dos kedua atas sebab-sebab tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua PPV walk-in berkenaan menawarkan 300 dos hingga 1,000 dos vaksinasi sehari mengikut kapasiti masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Kesemua PPV walk-in berkenaan menawarkan 300 dos hingga 1,000 dos vaksinasi sehari mengikut kapasiti masing-masing. - Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.
Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.
Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.
Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.
KPDN serbu stor haram simpan LPG di Johor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mematahkan cubaan menyeleweng gas petroleum cecair (LPG) selepas menyerbu sebuah premis dijadikan stor untuk menyimpan dan mengedar bahan
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.