BALIK PULAU: Polis menahan enam individu termasuk seorang warga emas yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa-mangsa kerugian sehingga RM106,030, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata tiga lelaki dan tiga wanita yang kesemua berusia 21 hingga 60 tahun itu ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar negeri ini sejak Selasa hingga semalam.
"Berdasarkan siasatan, daripada enam yang ditahan itu, penahanan seorang wanita berusia 36 tahun membabitkan kerugian yang dialami paling tinggi oleh mangsa iaitu sebanyak RM73,972.
"Suspek itu dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada sindiket memperdaya dalam urusan pinjaman wang yang tidak wujud secara dalam talian membabitkan kes di Balik Pulau di mana mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun bank milik wanita tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya lagi, jumlah kerugian kedua tertinggi membabitkan seorang lelaki warga emas yang menjadi "keldai akaun" kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan kerja sambilan dan mendapatkan wang komisen yang tidak wujud secara dalam talian di Bayan Lepas.
Kamarul Rizal berkata mangsa telah membuat beberapa transaksi ke akaun warga emas itu membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM13,186.
Katanya, empat lagi individu yang ditahan menjadi "keldai akaun" kepada sindiket antaranya pinjaman wang yang tidak wujud secara dalam talian, urusan pembelian emas dan urusan kerja sambilan.
"Mangsa-mangsa yang terlibat dengan empat individu itu telah mengalami kerugian antara RM3,872 hingga RM5,600," katanya.
Beliau berkata, semua enam individu itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Tiga lelaki dan tiga wanita yang kesemua berusia 21 hingga 60 tahun itu ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan. - Gambar hiasan

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.

Selepas 27 tahun dalam buruan, lelaki ditahan di Lapangan Terbang Heathrow
Richard Burrows yang dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak, ditahan di Heathrow selepas pulang ke UK dari Thailand.

Lelaki warga emas ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak perempuan hilang
Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda.

Lelaki warga emas ditahan ugut guna batu
Lelaki itu ditahan pada 3 petang Rabu di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam warga emas - Polis
Polis menahan seorang lelaki warga emas disyaki menikam seorang kanak-kanak lelaki dengan menggunakan pisau dalam kejadian di kawasan taman permainan rumah pangsa di Jalan Loke Yew semalam.