KUALA TERENGGANU: Seramai enam individu termasuk seorang wanita dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana merentas negeri untuk tujuan melancong ke Pulau Redang di Kuala Nerus.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata kompaun terhadap individu berumur 32 hingga 47 tahun itu dikeluarkan melalui pemantauan Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan, selama dua hari bermula Jumaat lepas.
Rohaimi berkata daripada enam individu itu, dua didapati merentas negeri dari Kuala Lumpur, dua dari Selangor dan masing-masing seorang dari Pulau Pinang dan Melaka.
"Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP (Prosedur Operasi Standard) berlaku bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes jangkitan dan penularan COVID-19 di Terengganu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rohaimi berkata tindakan keras juga akan diambil terhadap mana-mana pengusaha resort yang mengabaikan SOP, termasuk membenarkan pelancong dari luar Terengganu menginap dengan tujuan melancong atau lalai dalam memastikan penginap premis mereka lengkap menerima vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021

Rohaimi menyampaikan taklimat pematuhan dan penguatkuasaan SOP kepada pemain industri pelancongan Pulau Redang, 17 Sept, 2021. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.

KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.

Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.

DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).