Enam bot pukat tunda tempatan tenggelam selepas dipukul ombak besar di kawasan 3.7 batu nautika dari muara Sungai Hutan Melintang, di sini semalam.
Bagaimanapun, 16 kru bot tersebut yang dipercayai warga Myanmar dilaporkan selamat.
Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pasukan Polis Marin (PPM) pada pukul 12.50 tengah hari sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.
"Anggota mendapati semua kru bot nelayan berkenaan sudah diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada berhampiran lokasi.
"Setakat ini tiada kematian dilaporkan dan semua nelayan terbabit selamat.
"Enam bot nelayan itu masing-masing dikenal pasti keluar dari jeti di Sekinchan, Selangor, Bagan Datuk dan Hutan Melintang," kata beliau.
Kejadian tersebut, katanya, dipercayai berlaku berikutan fenomena air pasang besar, hujan dan angin kuat seterusnya menyebabkan semua bot itu tenggelam.
"Nelayan perlu lebih berhati-hati dan memakai jaket keselamatan ketika menangkap ikan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku selain segera melaporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Zaki Mokri berkata, pihaknya menerima maklumat semua nelayan terbabit selamat.
"Jabatan Perikanan berharap supaya komuniti nelayan lebih berhati-hati ketika berada di laut dan sentiasa mengikuti ramalan cuaca.
"Selain itu, yang lebih utama adalah memastikan alatan bantuan keselamatan sentiasa berada di atas bot," katanya.
Aida Aziz
Sat Sep 05 2020
Salah sebuah daripada enam bot pukat tunda yang tenggelam selepas dipukul ombak besar di kawasan 3.7 batu nautika dari muara Sungai Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak pada Jumaat. Gambar JABATAN PERIKANAN
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
UTEM komited lahirkan 300,000 pakar bidang AI, keselamatan siber menjelang 2030
FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026 dan pengambilan dijadualkan Oktober 2025.
Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Enam bot nelayan tenggelam, 16 kru selamat
16 kru bot nelayan yang dipercayai warga Myanmar dilaporkan selamat.