Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
Sebelum itu, treler dari arah Johor Baharu ke Ipoh yang hilang kawalan itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Empat pekerja yang maut ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh dan Hafiz Yunus, 39, dari Kuala Lumpur.
Tiga daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Pekerja Propel yang cedera pula ialah Dino Azmi, 36, Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, dan Shafudin Abdul Jalil, 31. Turut mengalami kecederaan ialah pemandu treler yang hanya dikenali sebagai
Zulkifli dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44.
Kesemua mayat dibawa ke HRPB manakala mangsa yang cedera dihantar ke HRPB dan Hospital Kampar bagi menerima rawatan.
Mohamad Shukri berkata ketika kejadian, keadaan lokasi berbukit dan pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya semasa menuruni cerun ketika hujan renyai.
Pemandu lori terbabit akan ditahan selepas dirawat untuk siasatan lanjut, katanya.
Bernama
Wed Nov 21 2012
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Cita-cita pelajar USAS rentung dalam kemalangan ikut jejak ibu tidak kesampaian
Muhammad Nabil Haikal adalah pelajar semester dua Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sultan Azlan Shah.
Tiga maut nahas kereta, treler berhampiran Kuala Kangsar
Sekurang-kurangnya tiga maut selepas kereta terperosok di bawah treler di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Stesen penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan di sini, hari ini.
Empat pekerja maut, empat lagi cedera dirempuh treler
Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh sebuah treler yang membawa muatan coklat.