IPOH: Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua yang berusia lingkungan 38 hingga 42 tahun itu diberkas di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah.
"Dalam kejadian 19 Feb lepas, polis cuba menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dalam keadaan mencurigakan dan telah melarikan diri.
"Hebahan bantuan telah dilakukan dan beberapa kereta peronda polis ditugaskan mengejar kenderaan itu hingga ke Lebuhraya Utara-Selatan, namun kesemua individu yang berada di dalam kenderaan itu berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lanjutan daripada tindakan, sepasukan anggota polis berjaya menahan empat lelaki, semalam, di Padang Serai dan Sungai Petani.
Menurut Mohd Yusri hasil soal siasat, mereka mengaku terlibat dalam kes kecurian kabel di Taman Ipoh Jaya selain beberapa lagi kes sama di sekitar bandar raya ini.
Polis, katanya turut merampas pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel daripada mereka.
Saringan awal air kencing mendapati kesemua lelaki itu positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan mereka direman hingga 1 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Mohd Yusri berkata kesemua yang berusia lingkungan 38 hingga 42 tahun itu diberkas di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah. - Gambar PDRM Perak

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.