SEREMBAN: Empat kilang di kawasan perindustrian Senawang diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata menerusi pemeriksaan oleh agensi penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP itu, tiga daripada kilang tersebut turut dikompaun atas kegagalan majikan memastikan had kapasiti 60 peratus kehadiran pekerja dengan sebuah kilang didapati beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Jelasnya, sebuah lagi kilang diarahkan tutup selepas didapati terdapat kes positif COVID-19.
“Sebanyak 12 kilang diperiksa dalam operasi bersepadu yang bermula 1.30 tengah hari dengan disertai 80 anggota daripada enam agensi. Kami mendapati terdapat sebuah kilang yang pernah dikompaun sebelum ini melakukan kesalahan berulang,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut.
Beliau berkata tindakan diambil mengikut Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2021, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Turut menyertai operasi berkenaan Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan Roslin Abd Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid.
BACA: Cadang kilang ada kes COVID-19 tutup 14 hari - Aminuddin
BACA: Op Patuh: 229 pekerja asing ditahan, kilang dikompaun RM30,000
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
Mohd Said menjalankan Operasi Bersepadu pemantauan SOP PKP 3.0 di sebuah kilang di Senawang, 1 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman dan Perancis, Menara Eiffel ditutup
Polis Jerman berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi EUR1 juta.
Pembantu kedai ditahan keluarkan kata-kata kesat kepada polis
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku semasa anggota polis sedang melaksanakan tugas di bawah Op Pematuhan di Bandar Pasir Puteh di sini.
Empat kilang di kawasan perindustrian Senawang diarah tutup
Tiga daripada kilang tersebut turut dikompaun atas kegagalan majikan memastikan had kapasiti 60 peratus kehadiran pekerja.
COVID-19: Pengusaha premis urut dikompaun RM10,000
Lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang juga tukang urut berusia antara 23 hingga 53 tahun ditahan.
PKP: Pusat hiburan tidak serik kena kompaun langgar SOP
Seramai 90 pengunjung terdiri daripada 51 lelaki dan 39 wanita berusia 20 sehingga 45 tahun dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM430,000.