MELAKA: Kedegilan pengusaha pusat refleksologi di Taman Melaka Raya, di sini, yang meneruskan operasi perniagaan ketika pelaksanaan Sekatan Penuh Pergerakan (SPP) membawa padah apabila dikompaun RM10,000.
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3 petang semalam, lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang juga tukang urut berusia di antara 23 dan 53 tahun ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata dua daripada tukang urut itu ialah warga Thailand serta seorang warga Laos, manakala pemilik dan penjaga premis pula lelaki tempatan.
“Semasa menjalankan Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) SPP, premis ini didapati beroperasi seperti biasa dengan membuka pintu hadapan khas untuk pelanggan tetap yang mana mereka perlu membuat tempahan melalui telefon.
“Pemilik premis yang berada di tingkat satu lot rumah kedai ini memberikan alasan terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup termasuk membayar sewa kedai dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Ujar Sukri, polis merampas buku catatan rekod pekerja dan juga pasport wanita-wanita yang ditahan.
“Semakan dilakukan turut mendapati dua daripada tukang urut itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah kerana pasportnya sudah tamat tempoh.
"Kesemua wanita warga asing itu disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa," tambahnya.
Mohd Sukri berkata, selain pemilik pusat urut yang dikompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) SPP, penjaga premis berusia 53 tahun turut dikompaun RM2,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
"Pemilik premis itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit dan kesemua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan lanjut," katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jun 04 2021

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 3 petang Khamis, lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang juga tukang urut berusia antara 23 hingga 53 tahun ditahan. -Foto PDRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

COVID-19: Pengusaha premis urut dikompaun RM10,000
Lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang juga tukang urut berusia antara 23 hingga 53 tahun ditahan.

Spa, pusat refleksologi mulakan petisyen untuk dibenar beroperasi
Pemilik spa, pusat refleksologi dan pusat perapian kesihatan di Sarawak merayu kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) agar membenarkan mereka beroperasi.

Ingkar PKPP: 55 termasuk pengunjung pusat hiburan, rumah urut ditahan
Polis menahan 55 orang termasuk pengunjung pusat hiburan dan rumah urut kerana kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada hari ke-21 pelaksanaannya.

6 wanita warga asing dicekup disyaki terlibat aktiviti pelacuran
Enam wanita warga asing dicekup selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Kota Kinabalu.

Masuk Malaysia dengan pas pelancong, sebenarnya melacur di premis urut
Suspek berusia 37 tahun itu disyaki tiba ke negeri ini sejak dua minggu lalu dengan menggunakan pas pelancong.