BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan dalam talian hingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian RM168,605 dalam kejadian di daerah Barat Daya, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua yang berusia 31 hingga 40 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Bayan Lepas dan kawasan Balik Pulau serta Ipoh, Perak oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya semalam.
"Dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan iaitu memperdaya mangsa untuk pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian berkait kes di Balik Pulau.
"Berdasarkan siasatan, mangsa iaitu seorang pesara wanita berusia 60 tahun telah membuat 33 transaksi ke dalam beberapa akaun bank termasuk milik suspek membabitkan jumlah keseluruhan RM73,972," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kes kedua pula membabitkan penahanan seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai menjadi 'keldai akaun' sindiket memperdaya mangsa dengan sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud.
Kamarul Rizal berkata mangsa telah membuat pemindahan wang ke dalam akaun dengan jumlah keseluruhan RM65,779 sebagai bayaran untuk daftar bidaan bagi mendapat bayaran keuntungan dan komisen.
Kes ketiga, katanya melibatkan penahanan seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan iaitu memperdaya tawaran kerja sambilan secara dalam talian tidak wujud hingga mangsa kerugian RM23,274.
"Mangsa telah membuat pemindahan wang ke dalam akaun suspek sebagai bayaran untuk mendapat bayaran keuntungan balik dan komisen. Kes kedua dan ketiga membabitkan sindiket berbeza namun modus operandi hampir sama," katanya.
Beliau berkata dalam kes keempat, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun di Ipoh kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank.
Menurut Kamarul Rizal mangsa iaitu lelaki berusia 38 tahun mendakwa telah dihubungi oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank memaklumkan terdapat dua transaksi tanpa kebenaran daripada kad kredit mangsa dan telah menyambungkan perbualan kepada pihak lain.
"Mangsa telah berkongsi nombor pin seperti diarahkan dan menyedari terdapat transaksi terhadap penama lain berjumlah RM5,580 sebelum menyedari ditipu dan kemudian membuat laporan polis," katanya.
Keempat-empat individu itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
![Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000 Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Salah seorang mangsa telah membuat 33 transaksi ke dalam beberapa akaun bank termasuk milik suspek membabitkan jumlah melebihi RM70,000.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi hari ini mencipta sejarah apabila dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste untuk Lembaga 'Centro Nacional Chega!' (CNC). Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste.
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
![Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719906074_TBCourtHammer.jpg)
Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan
Mahkamah Sesyen menjatuhi seorang penghantar barang hukuman penjara empat bulan, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM100,000.
![Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000 Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Salah seorang mangsa telah membuat 33 transaksi ke dalam beberapa akaun bank termasuk milik suspek membabitkan jumlah melebihi RM70,000.
![Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000 Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Tiga keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM180,000
Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mendapatkan pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
![Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030 Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701942692_Handcuff.jpg)
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
![Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715156864_TBFooWeiMin.jpg)
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
![Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000 Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710237703_KetuaPolisDaerahB.jpg)
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
![Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70 Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
![Penjual cermin mata didakwa bantu sembunyi wang lebih RM600,000 Penjual cermin mata didakwa bantu sembunyi wang lebih RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712129104_TBCourtHammer.jpg)
Penjual cermin mata didakwa bantu sembunyi wang lebih RM600,000
Seorang penjual cermin mata mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang lelaki lebih RM600,000, tahun lepas.
![Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711693787_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
![Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532 Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710237703_KetuaPolisDaerahB.jpg)
Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532
Menurut polis, kesemua mereka ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.