Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands sedang mengambil langkah memantau di empat kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh pada musim hujan ketika ini.
Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi, empat kawasan terbabit ialah Tanah Rata, Terisu di mukim Brincang, kawasan Kampung Teringkap dan Lembah Bertam.
Katanya, seramai 29 anggota Bomba dan Penyelamat sedang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau di empat kawasan berkenaan bagi mengesan sebarang punca yang boleh mengundang berlakunya kejadian tanah runtuh.
Beliau berkata, kejadian tanah runtuh yang melibatkan Rumah Peranginan Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang dikenali ‘The Sharples’ di Tanah Rata pada jam 3.11 petang semalam merupakan kes terbaru yang berjaya ditangani pihak bomba setelah mengarahkan 13 penghuni mengosongkan bangunan berkenaan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setelah bomba bertindak pantas pantas mengarahkan 13 penghuni rumah peranginan itu supaya mengosongkan bangunan berkenaan kerana dikhuatiri berlaku tanah runtuh kali kedua,’’ katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Muhamad Haziq berkata, kesemua 13 penghuni terbabit telah berpindah ke rumah transit lain milik TNB.
Beliau juga memberitahu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalakan kerja-kerja membaiki cerun di kawasan rumah peranginan itu.
Mengenai insiden pokok tumbang petang semalam yang menghalang laluan pengguna Jalan Tapah-Tanah Rata berhampiran Bharat Tea, katanya, keadaan sudah kembali pulih setelah bomba dan pihak JKR menjalankan kerja-kerja pembersihan di laluan berkenaan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika dihubungi hari ini berkata, beliau tidak dapat mengulas mengenai insiden tanah runtuh semalam kerana masih bercuti.
Astro Awani
Mon Dec 26 2016
Seramai 29 anggota Bomba dan Penyelamat sedang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau di empat kawasan berkenaan. - Foto Astro AWANI
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Lima lokasi sungai, air terjun di Kuala Krai dikenal pasti berlaku kepala air
Orang awam diharap tidak melakukan aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air dalam musim hujan ini.
JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok
Libatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).
Bukan sahaja manusia dipindahkan, kucing juga antara mangsa banjir
JBPM Kuala Krai terima panggilan kecemasan sekitar jam 12.30 tengah hari bagi memindahkan dua keluarga dari Kampung Kenor.
Warga emas maut ketika sertai ekspedisi pacuan empat roda di Gerik
Setibanya anggota JBPM di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa keluar ke jalan utama oleh peserta ekspedisi yang lain.
Penunggang motosikal terbabas, meraung kaki tertusuk besi longkang
Anggota JBPM terpaksa memotong besi itu menggunakan alat pemotong khas.
Mangsa kedua berjaya dikeluarkan dari runtuhan
Mangsa warga Bangladesh itu dibawa keluar dari runtuhan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Remaja lelaki lemas selepas bot dinaiki terbalik di Kota Tinggi
Sembilan anggota dengan dua jentera dan satu bot aluminium dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.
Lelaki maut dihempap batu kuari
Mangsa Loi Thiam Fatt, 56, disahkan maut oleh pegawai perubatan dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu.
Tragedi Bukit Kukus: Pasukan SAR turut selamatkan kucing yang tertimbus
Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong yang masuk hari kedua telah menyelamatkan seekor kucing.