KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk seorang wanita warga Vietnam ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen (along) di sebuah kediaman di Rawang, Selangor pada Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata selain wanita warga asing turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Beliau berkata pihaknya turut merampas tujuh telefon bimbit, sebuah buku, dua keping kad ATM dan wang tunai RM5,600.
"Pemeriksaan lanjut mendapati sindiket tersebut menjalankan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen sejak Februari lepas dan menyasarkan peminjam dalam kalangan warga Malaysia.
"Tiga daripada individu ditahan mengaku berperanan selaku ejen mencari pelanggan melalui media sosial," katanya dalam sidang media khas di di sini hari ini.
Beliau berkata suspek akan bertemu dengan peminjam yang berminat bagi mengadakan perbincangan secara bersemuka di mana-mana tempat dipersetujui.
"Kadar faedah yang dikenakan kepada setiap peminjam adalah berbeza berdasarkan kapasiti peminjam iaitu antara 10 hingga 12 peratus seminggu," katanya.
Ramli berkata beberapa kategori pinjaman iaitu melibatkan bayaran secara harian, mingguan dan bulanan dan dianggarkan nilai perolehan sindiket berkenaan sebanyak RM200,000 sebulan.
Menurut Ramli, kesemua suspek direman selama tiga dan empat hari bermula 15 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
Sementara itu mengenai laporan kira-kira 300 individu yang terkandas di Mekah dan Madinah akibat terperdaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong, Ramli berkata pihaknya kini menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kes berkenaan.
"Kita belum lagi menerima sebarang laporan berhubung kejadian ini. Namun pihak polis mengambil maklum akan kejadian ini. Orang ramai yang ingin mengerjakan ibadah haji melalui agensi selain Tabung Haji (TH) diminta supaya berhati-hati serta sentiasa merujuk Tabung Haji bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut," katanya.
Pada Selasa, Bernama melaporkan Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terperdaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan meminta mereka yang merasakan diri diperdaya untuk membuat aduan kepada TH, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Ramli (gambar) berkata, kesemua suspek direman selama tiga dan empat hari bermula 15 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.

11 direman disyaki terlibat kegiatan ah long di Negeri Sembilan
Seramai 11 individu termasuk dua wanita direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan ah long di Negeri Sembilan.

Polis tahan lima lelaki tawar pinjaman wang tanpa lesen
Menerusi Ops Vulture oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu, kesemua suspek ditahan kira-kira 4 petang Rabu.