Empat anggota Geng Pak Din Canai termasuk seorang wanita mengandung yang terbabit dalam kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan berjaya ditumpaskan pasukan Petugas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perlis.
Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Noor Mushar Muhammad berkata suspek berumur antara 24 hingga 34 tahun diberkas pada 24 Disember lepas hasil aduan seorang pengusaha kedai runcit di Kuala Perlis yang menjadi mangsa kumpulan itu.
Katanya pada 18 Disember lepas, isteri pekedai runcit itu didatangi seorang wanita sarat mengandung yang bertanyakan tentang rumah sewa sebelum seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Din Canai meluru dari arah belakang dan menolak mangsa sehingga jatuh dan cedera di kepala.
"Siasatan polis mendapati modus operandi kumpulan tersebut ialah melakukan jenayah pada waktu siang antara pukul 9 pagi hingga 5 petang semasa mangsa mereka keluar untuk bekerja," kata Noor Mushar pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian itu wanita mengandung tersebut mencuri wang tunai kira-kira RM1,000 dari dalam laci almari kedai mangsa.
Noor Mushar berkata semua empat anggota kumpulan itu direman selama lima hari bermula Ahad lepas hingga Jumaat ini.
Mereka juga mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata kumpulan itu aktif sejak pertengahan November tahun lepas di sekitar Arau dan Changlun, Kedah dengan menyewa kereta Perodua Viva, Myvi, Alza dan Proton Perdana untuk mejalankan aktiviti mereka.
Bernama
Tue Jan 05 2016
Noor Mushar berkata semua empat anggota kumpulan itu direman selama lima hari bermula Ahad lepas hingga Jumaat ini.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Empat Geng Pak Din Canai termasuk wanita mengandung diberkas
Empat anggota Geng Pak Din Canai termasuk seorang wanita mengandung yang terbabit dalam kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan berjaya ditumpaskan polis Perlis.