PUTRAJAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata habitat utama empat ekor gajah yang ditemukan mati baru-baru ini dikelilingi oleh kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk.
Beliau berkata laporan awal telah mengenal pasti bangkai seekor gajah betina dan tiga ekor gajah jantan yang ditemukan itu, adalah dari kumpulan Bandar Tenggara di Hutan Simpan Lenggor, Hutan Simpan Kluang dan Kluang Tambahan, Hutan Simpan Labir, Hutan Simpan Sembrong di Johor dan Taman Negara Endau Rompin, Pahang.
"Ingin saya tekankan di sini bahawa habitat dan kawasan keliaran gajah adalah penting untuk menampung keperluan populasi gajah kerana kehilangan habitat akibat perubahan guna tanah untuk aktiviti pertanian, perladangan, penempatan, perbandaran serta pembangunan infrastruktur mengakibatkan konflik manusia dan gajah.
"Konflik manusia dan gajah boleh mengakibatkan kemusnahan tanaman pertanian, kerosakan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata pihaknya akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian empat ekor gajah yang ditemukan mati di kebun buah-buahan di Kahang Timur, Kluang.
Nik Nazmi berkata semua pihak perlu menyalurkan maklumat kepada Perhilitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden itu dengan menghubungi talian Perhilitan di Hotline 1-800-88-5151.
"Siasatan lanjut sedang dilaksanakan dan Perhilitan juga sedang menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di sekitar kawasan itu," katanya.
Beliau berkata berdasarkan rekod Perhilitan, sebanyak 646 aduan konflik manusia dan gajah telah dilaporkan di Johor bagi tempoh 2020 hingga Mei 2024 dengan 292 aduan melibatkan daerah Kluang.
Menurut Nik Nazmi berdasarkan kepada data semasa, anggaran populasi gajah di Johor ialah antara 120 dan 160 ekor.
Gajah merupakan satu daripada spesies hidupan liar ikonik negara dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), katanya.
Nik Nazmi berkata kerajaan sentiasa proaktif dalam memelihara dan memulihara habitat hidupan liar termasuk gajah melalui beberapa inisiatif antaranya membangunkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan 2023-2030, menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Lanchang, Pahang dan mempergiatkan usaha mewartakan kawasan berhutan sebagai Hutan Simpanan Kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024

Penemuan bangkai gajah terbabit oleh penduduk kampung di Kluang baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi
Habitat utama empat ekor gajah yang ditemukan mati baru-baru ini dikelilingi oleh kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk.