Empat doktor dan dua lelaki yang bertindak sebagai 'runner' hari ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini dan Butterworth atas tuduhan memperdayakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pemeriksaan kesihatan beberapa individu untuk memperbaharui Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV), Februari lepas.
Tertuduh Dr Kamal Fasha Hussain, Dr See Teik Guan, Chan Ah Kow dan Lim Geok Huat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Dr Kamal Fasha, 55, didakwa cuba memperdaya JPJ dengan memanipulasi pemeriksaan kesihatan fizikal terhadap Hasrol Hissam Osman, 41, melalui borang permohonan lesen vokasional (JPJ L8) di Poliklinik Perdana No 559-E, Jalan Sungai Dua, Gelugor, kira-kira 11.20 pagi, 14 Feb lalu.
Dr See, 49, turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Mohd Firdaues Azizan, 34, di Poliklinik See, No 3 Lorong Sungai Emas Eden Square, Batu Ferringhi, kira-kira 2.25 petang, pada tarikh yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Lim, 54 dan Chan, 57, yang bertindak sebagai 'runner' didakwa cuba menipu dengan borang JPJ L8 yang masing-masing diperakui Dr Goh Guan Poh dan Dr Ooi Cheng Har, di hadapan JPJ Cawangan Batu Uban di sini, dari pukul 11.45 pagi hingga 12 tengah hari, pada tarikh sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta yang sama, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Dr Kamal Fasha, Dr See, Chan dan Lim diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dan menetapkan 14 Julai sebagai tarikh sebutan semula.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri, manakala Dr Kamal Fasha dan Dr See diwakili peguam Jason Khor, Chan diwakili peguam RSN Rayer dan Lim diwakili peguam Ang Chun Pun.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua doktor didakwa cuba menipu JPJ untuk mempercayai bahawa pemeriksaan kesihatan secara fizikal telah dijalankan terhadap Mohd Firdaues melalui borang JPJ L8 bagi mendorong jabatan itu memproses permohonan untuk memperbaharui lesen itu.
Dr Ding Yong Chaung, 73, mengaku bersalah manakala Dr Lutfi Mohamad Rashidi, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Dr Ding dituduh melakukan kesalahan itu di Ding Poliklinik dan Surgeri, No 30 Jalan Tembikai, Taman Mutiara, Bukit Mertajam pada pukul 11.45 pagi 14 Feb lepas manakala Dr Lutfi pula didakwa melakukan kesalahan itu di Klinik Rashidi No 8, Jalan Ciku Bukit Mertajam, pada pukul 12.20 tengah hari, pada tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun yang sama yang boleh dihukum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Amin Yakob menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin untuk Dr Ding yang tidak diwakili peguam dan Dr Lutfi yang diwakili peguam M. Puveneswaran.
Namun selepas rayuan dibuat oleh kedua-dua pihak tertuduh, mahkamah menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh dan menetapkan 13 Jun untuk jatuh hukum terhadap Dr Ding dan 4 Julai untuk sebutan semula kes terhadap Dr Lutfi.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan sementara menunggu kes selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2017
Pegawai SPRM membawa Chan Ah Kow (kiri) dan Lim Geok Huat (kanan) untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di George Town atas tuduhan memperdayakan JPJ untuk memperbaharui Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam, Februari lepas. --fotoBERNAMA
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.
WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.
Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19
COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.
MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.
WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis