JOHOR BAHRU: Empat lelaki warga tempatan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor kerana terlibat dalam kes ugutan ah long terhadap Timbalan Pengerusi MCA Kulai.
Ketua Polis johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penahanan dibuat hasil serbuan di empat lokasi berbeza di sekitar Johor bahru pada 27 dan 31 Oktober lalu.
Kesemua suspek yang ditangkap berumur antara 18 hingga 34 tahun.
“Pada 7 Oktober lalu, satu aduan telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi MCA Kulai yang mana rumah beliau telah disimbah cat dan ditampal notis hutang ekoran daripada tindakan beliau yang banyak membantu mangsa yang terlibat dalam kes-kes ah long.
“Pihak polis turut merampas sembilan buah telefon bimbit dan kad SIM, empat keping nombor pendaftaran kenderaan dan dua bilah pedang." katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru.
Terdahulu, pihak polis menerima aduan berkenaan kediaman Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia, Chua Jian Boon, yang disimbah cat oleh individu tidak dikenali pada 7 Oktober lalu.
Menurut Ayob Khan, hasil siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Pihak polis telah melengkapkan kertas siasatan dan kes telah dirujuk kepada pihak mahkamah.
“Dengan kejayaan penangkapan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan lapan kes ugutan jenayah dan simbah cat yang dilakukan kumpulan ini,” katanya.
Seorang daripada suspek yang berumur 34 tahun akan dituduh mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kulai pada Rabu, 10 Oktober.
Mengikut pertuduhan, jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun.
Berdasarkan statistik pada tahun ini, sebanyak 242 kes telah dilaporkan melibatkan jenayah ugutan ah long
Daripada jumlah itu, 75 kes berjaya diselesaikan menerusi tangkapan dan pertuduhan, manakala 33 kes lagi telah dijatuhkan hukuman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Nov 09 2021
![Empat ditahan, simbah cat kediaman ahli Timbalan Pengerusi MCA Kulai Empat ditahan, simbah cat kediaman ahli Timbalan Pengerusi MCA Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636456500_TBSIMBAHCAT.jpg)
Menurut Ayob Khan, hasil siasatan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696992159_TBNASARAH.jpg)
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
![Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610694401_PDRM.jpg)
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
![Empat ahli geng Ah Long disambung reman Empat ahli geng Ah Long disambung reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591250187_AhlongReman.jpg)
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
![Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591180394_SapiiAhmad.jpg)
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
![Ah Long dikesan jual kad ATM RM300 Ah Long dikesan jual kad ATM RM300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81580370705_iklanAhLongpinj.jpg)
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
![Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562135904_Iklan.jpg)
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
![Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long' Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51531479214_CHAYMOOKKOWONG.jpg)
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
![Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41511789668_DSIdris.jpg)
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.
![Lelaki parah dipercayai terkena bom buatan ah long Lelaki parah dipercayai terkena bom buatan ah long](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494838078_BomBuatan.jpg)
Lelaki parah dipercayai terkena bom buatan ah long
Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki akibat terkena bom buatan sendiri dipercayai dipasang oleh ah long.
![Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435151960_BANKNOTES.jpg)
Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak
Seorang ibu melaporkan kepada polis di sini hari ini bahawa anaknya dikurung sekumpulan "Ah Long' di Alor Setar, Kedah.