TEMERLOH: Empat daerah di Pahang disenaraikan sebagai lokasi tumpuan utama untuk dinaik taraf liputan perkhidmatan internet khususnya rangkaian teknologi generasi keempat (4G), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata capaian liputan 4G di daerah berkenaan masih berada di bawah 80 peratus iaitu 68.94 peratus di Lipis, Cameron Highlands (76.38 peratus), Jerantut (77.38 peratus) dan Rompin (79.18 peratus).
Kadar keseluruhan capaian liputan 4G di Pahang ialah 89.10 peratus berbanding purata nasional 92.03 peratus. Kuantan merupakan daerah paling baik liputan iaitu 97.10 peratus diikuti Temerloh (92.73 peratus) dan Bentong (91.14 peratus).
"Perancangan menambah baik liputan internet dilakukan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) termasuk membina 191 menara komunikasi baharu di Pahang, dengan 28 daripadanya telah siap tahun lalu, bagi meluaskan liputan 4G khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
"Sebanyak 898 stesen pemancar akan dinaik taraf daripada 3G kepada 4G manakala 116,773 premis akan disambungkan dengan rangkaian gentian optik.
"Jika berjalan lancar, liputan internet akan lebih baik pada pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di Kolej Komuniti Temerloh di sini, pada Rabu.
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pahang Zahari Ismail dan Pengarah Jabatan Penerangan negeri Mohd Salmun Mustafa.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata terdapat keperluan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana akta tersebut yang digubal 23 tahun dahulu sudah ketinggalan dengan perkembangan teknologi masa kini.
Ini menimbulkan cabaran dalam siasatan perkara seperti penyebaran berita palsu di media sosial, yang sejak kebelakangan ini turut melibatkan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap vaksin COVID-19.
"Kami sedang meminda akta tersebut termasuk bagaimana hendak mempercepatkan siasatan. Tahun 1998 kita tidak membayangkan akan wujud aplikasi seperti WhatsApp dan orang boleh menyebar berita palsu secepat sekarang.
"Polis juga berdepan masalah sama kerana perkembangan teknologi menyebabkan perkara lazim yang kita boleh lakukan 10 atau 20 tahun lalu sudah diatasi perkembangan teknologi dan mereka yang menyebarkan berita palsu ini juga agak cekap menggunakan teknologi," katanya.
Saifuddin menambah dalam masa sama, KKMM akan meneruskan usaha menasihati rakyat untuk tidak mudah mempercayai atau turut menjadi pihak yang membantu menyebarkan berita palsu di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
![Empat daerah di Pahang lokasi tumpuan naik taraf liputan 4G - Saifuddin Empat daerah di Pahang lokasi tumpuan naik taraf liputan 4G - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614010523_SaifuddinAbdullah.jpg)
Kadar keseluruhan capaian liputan 4G di Pahang ialah 89.10 peratus berbanding purata nasional 92.03 peratus, kata Saifuddin. - Foto BERNAMA
![KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Liputan 4G di Perak capai 97 peratus setakat suku kedua tahun ini - Exco Liputan 4G di Perak capai 97 peratus setakat suku kedua tahun ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695705042_MohdAzlanHelmi.jpg)
Liputan 4G di Perak capai 97 peratus setakat suku kedua tahun ini - Exco
Status liputan 4G di Perak setakat suku kedua tahun ini mencapai 97.38 peratus, kata Exco negeri, Mohd Azlan Helmi.
![Liputan 4G di Sabah capai 86.9 peratus kawasan berpenduduk - Annuar Musa Liputan 4G di Sabah capai 86.9 peratus kawasan berpenduduk - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654188402_AnnuarMusa.jpg)
Liputan 4G di Sabah capai 86.9 peratus kawasan berpenduduk - Annuar Musa
Liputan rangkaian 4G di Sabah kini telah mencapai 86.9 peratus kawasan berpenduduk di negeri itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
![Liputan 4G di kawasan berpenduduk Sabah meningkat kepada 83.9 peratus Liputan 4G di kawasan berpenduduk Sabah meningkat kepada 83.9 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635295059_Celcom.jpg)
Liputan 4G di kawasan berpenduduk Sabah meningkat kepada 83.9 peratus
KKMM turut memaklumkan sebanyak 52 tapak menara baharu telah disiapkan, selain 2,337 projek naik taraf stesen pemancar dan 109,408 premis tersedia gentian optik di negeri itu.
![Masalah capaian internet di Kampung Ulu Seladang dijangka selesai Ogos Masalah capaian internet di Kampung Ulu Seladang dijangka selesai Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624672775_MCMCLogo.jpg)
Masalah capaian internet di Kampung Ulu Seladang dijangka selesai Ogos
Kerja menaik taraf menara komunikasi di kampung itu sedang giat dijalankan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
![Liputan 4G seluruh negara sekarang pada 93 peratus - Pengerusi SKMM Liputan 4G seluruh negara sekarang pada 93 peratus - Pengerusi SKMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607830211_TBFadhlullahSuhaimi.jpg)
Liputan 4G seluruh negara sekarang pada 93 peratus - Pengerusi SKMM
SKMM yakin liputan rangkaian 4G akan mencapai sehingga 95 peratus menjelang akhir tahun ini selaras dengan sasaran liputan 96.9 peratus menjelang akhir 2022 di bawah inisiatif JENDELA.
![Empat daerah di Pahang lokasi tumpuan naik taraf liputan 4G - Saifuddin Empat daerah di Pahang lokasi tumpuan naik taraf liputan 4G - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614010523_SaifuddinAbdullah.jpg)
Empat daerah di Pahang lokasi tumpuan naik taraf liputan 4G - Saifuddin
Kadar keseluruhan capaian liputan 4G di Pahang ialah 89.10 peratus berbanding purata nasional 92.03 peratus.
![Kampung Watt Paya Mat Anson terima liputan 4G pada Februari 2021 - MCMC Kampung Watt Paya Mat Anson terima liputan 4G pada Februari 2021 - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/51485155479_telcotower.jpg)
Kampung Watt Paya Mat Anson terima liputan 4G pada Februari 2021 - MCMC
Perkhidmatan jalur lebar di Kampung Watt Paya Mat Inson, di Pendang, Kedah daripada taraf 3G kepada 4G dijangka selesai pada Februari 2021.
![Sabah akan pastikan projek Jendela dilaksanakan dengan lancar - Hajiji Sabah akan pastikan projek Jendela dilaksanakan dengan lancar - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61606907721_TaklimatJENDELA.jpg)
Sabah akan pastikan projek Jendela dilaksanakan dengan lancar - Hajiji
Kini, liputan telekomunikasi digital di Sabah masih ketinggalan, dengan banyak tempat masih dalam keadaan 'gelap' tanpa penerimaan internet.
![Maxis perluas liputan 4G ke 11 bandar di Sabah Maxis perluas liputan 4G ke 11 bandar di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51456407156_Maxis.jpg)
Maxis perluas liputan 4G ke 11 bandar di Sabah
Lokasi terbabit adalah Penampang, Tuaran, Papar, Ranau, Keningau, Semporna, Kudat, Putatan, Sipitang, Beaufort and Kota Belud.