Maxis Communications Bhd kini dalam proses memperluaskan liputan perkhidmatan 4G LTE (Evolusi Jangka Panjang) ke 11 lagi bandar-bandar di Sabah.
Lokasi terbabit adalah Penampang, Tuaran, Papar, Ranau, Keningau, Semporna, Kudat, Putatan, Sipitang, Beaufort and Kota Belud.
Ia susulan kepada perluasan rangkaian 4G itu ke Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Labuan sejak 12 bulan lepas.
Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard berkata bagi tempoh 2014 sehingga 2015, penggunaan internet mudah alih oleh mereka di Sabah and Sarawak yang mempunyai akses 4G adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding rakan mereka di Semenanjung.
Malah, penggunaan data 4G di kedua-dua negeri itu juga lebih tinggi iaitu purata melebihi 3GB setiap bulan.
"Di Sabah, kami sentiasa mempertingkatkan infrastruktur bagi menyokong perkhidmatan 4G itu.
"Ini menerusi usaha memperluaskan rangkaian kami serta menembusi kawasan pedalaman pada skala yang lebih besar. Sebahagian besar pelaburan kami bertujuan membolehkan perkhidmatan 4G itu disediakan di lebih banyak kawasan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan berkata lebih 70 peratus telefon pintar dijual Maxis adalah yang dilengkapi 4G dengan kadar penembusan mudah alih 4G di Sabah berkembang antara 15 dan 20 peratus sejak enam bulan lepas.
"Kami menjangkakan dapat memperolehi pelanggan baharu bagi perkhidmatan data dan pasca bayar menerusi perluasan liputan 4G ini," katanya.
Bernama
Thu Mar 31 2016
Perkembangan itu adalah susulan kepada perluasan rangkaian 4G itu ke Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Labuan sejak 12 bulan lepas. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Liputan 4G di Perak capai 97 peratus setakat suku kedua tahun ini - Exco
Status liputan 4G di Perak setakat suku kedua tahun ini mencapai 97.38 peratus, kata Exco negeri, Mohd Azlan Helmi.
Liputan 4G di Sabah capai 86.9 peratus kawasan berpenduduk - Annuar Musa
Liputan rangkaian 4G di Sabah kini telah mencapai 86.9 peratus kawasan berpenduduk di negeri itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Liputan 4G di kawasan berpenduduk Sabah meningkat kepada 83.9 peratus
KKMM turut memaklumkan sebanyak 52 tapak menara baharu telah disiapkan, selain 2,337 projek naik taraf stesen pemancar dan 109,408 premis tersedia gentian optik di negeri itu.
Masalah capaian internet di Kampung Ulu Seladang dijangka selesai Ogos
Kerja menaik taraf menara komunikasi di kampung itu sedang giat dijalankan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Liputan 4G seluruh negara sekarang pada 93 peratus - Pengerusi SKMM
SKMM yakin liputan rangkaian 4G akan mencapai sehingga 95 peratus menjelang akhir tahun ini selaras dengan sasaran liputan 96.9 peratus menjelang akhir 2022 di bawah inisiatif JENDELA.
Empat daerah di Pahang lokasi tumpuan naik taraf liputan 4G - Saifuddin
Kadar keseluruhan capaian liputan 4G di Pahang ialah 89.10 peratus berbanding purata nasional 92.03 peratus.
Kampung Watt Paya Mat Anson terima liputan 4G pada Februari 2021 - MCMC
Perkhidmatan jalur lebar di Kampung Watt Paya Mat Inson, di Pendang, Kedah daripada taraf 3G kepada 4G dijangka selesai pada Februari 2021.
Sabah akan pastikan projek Jendela dilaksanakan dengan lancar - Hajiji
Kini, liputan telekomunikasi digital di Sabah masih ketinggalan, dengan banyak tempat masih dalam keadaan 'gelap' tanpa penerimaan internet.
Maxis perluas liputan 4G ke 11 bandar di Sabah
Lokasi terbabit adalah Penampang, Tuaran, Papar, Ranau, Keningau, Semporna, Kudat, Putatan, Sipitang, Beaufort and Kota Belud.