SHAH ALAM: Seramai empat anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dalam Ops Samba 2.0 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas pertuduhan menerima suapan antara RM1,200 hingga RM32,300 berhubung kes melepaskan lori barangan tanpa sebarang pemeriksaan, bermula tujuh tahun lalu.
Rahi Shamudin Ishak, 51, Mat Hafizan Abdullah, 42, Ahmad Shahremy Ahmad Damanhuri, 40, dan Mohd Sufian Hashim, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Rahi Shamudin berdepan 42 pertuduhan rasuah berjumlah RM32,300 manakala Mat Hafizan, empat pertuduhan (RM1,200); Mohd Sufian, dua pertuduhan (RM1,250) dan Ahmad Shahremy satu kes (RM5,000).
Mengikut pertuduhan, mereka sebagai pembantu penguasa kastam didakwa menerima suapan secara pemindahan dalam talian ke akaun bank masing-masing daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Ia sebagai balasan tidak memeriksa lori-lori milik syarikat tersebut yang membawa keluar barang dari kargo KLIA.
Kesalahan didakwa dilakukan di cawangan bank di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Taman Sri Serdang dan Bandar Baru Salak Tinggi antara 1 Disember 2017 hingga 24 April 2023.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd 'Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hezri Shaharil dan Muhamad Aizat Fakri.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Rahi Shamudin diikat jamin sebanyak RM30,000 manakala Mat Hafizan (RM10,000) dan masing-masing RM8,000 untuk dua lagi tertuduh dengan seorang penjamin.
Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah bagi Rahi Shamudin selain melaporkan diri ke pejabat SPRM Putrajaya sekali setiap awal bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan bagi setiap tertuduh.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 Julai depan.
SPRM dalam satu kenyataan pada Khamis lepas berkata, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan Ops Samba 2.0 bermula 11 hingga 25 Mac lalu.
Kata kenyataan itu, operasi tersebut yang menumpukan siasatan kepada anggota dan pegawai JKDM bertugas di bahagian kargo KLIA, berjaya mengesan ketirisan hasil cukai sebanyak RM2 bilion.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 28 2024
Empat anggota kastam yang ditahan dalam Ops Samba 2.0, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah. - Foto Sinar Harian
Cabaran pengangguran di Malaysia bersama Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
Ulasan daripada Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ,Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS)
Keluarga yakin nelayan hilang masih hidup, akan pulang
Nalurinya kuat berkata mereka masih hidup kerana anaknya telah lama menjadi nelayan dan tahu selok belok laut.
RUU wajibkan pendidikan sekolah menengah dibentang di Parlimen Feb ini
KPM akan angkat dasar mewajibkan pendidikan sekolah menengah dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari ini sebagai inisiatif pastikan calon hadir SPM, tangani isu keciciran selain meningkatkan kualiti pendidikan negara, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.
#AWANInews
#AWANInews
WEF sahkan Anwar Ibrahim sertai Davos 2025
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. WEF mengesahkan kehadiran Anwar menerusi hantaran di platform media sosial forum tersebut.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Stastistik Tenaga Buruh November 2024
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus, menurut Stastistik Tenaga Buruh November 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Angka tersebut menunjukkan penurunan 0.9 peratus berbanding 551,400 orang pada Oktober 2024.
Johor alu-alukan pelabur bina fasiliti kesihatan, perubatan di JS-SEZ
Setakat ini terdapat beberapa pihak menunjukkan minat dalam pembinaan fasiliti kesihatan termasuk hospital dan farmasi.
Ringgit dijangka pada RM4.50 minggu ini
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, mengulas mengenai tumpuan kepada kadar inflasi Amerika dan impaknya terhadap prestasi ringgit.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
'Aku tembak, aku tembak!'
Seorang anggota JKDM menceritakan kembali detik cemas ditembak sekumpulan penyeludup di Pulau Ular di Tumpat pada 19 Jun lalu.
Tiga lagi anggota kastam didakwa terima rasuah
Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,150.
Empat anggota kastam didakwa terima rasuah kes lori barang lolos pemeriksaan
Empat anggota kastam didakwa menerima suapan antara RM1,200 hingga RM32300 berhubung kes melepaskan lori barangan tanpa sebarang pemeriksaan.