Meskipun hujan semakin kerap kebelakangan ini, namun ia tidak berlaku di kawasan tadahan empangan .
Awal tahun lalu paras air di paras tangga empangan Klang Gate berkenaan.
Namun, pada 10 Mac lalu empangan tersebut terus menyusut.
Dalam tempoh sebulan parasnya menurun ke 52 peratus daripada 66 peratus.
Sebelum ini, pengarah Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) Md Khairi Selamat berkata, empangan Klang Gate hanya mampu bertahan untuk tempoh 88 hari sahaja lagi.
Bagi memastikan, bekalan air mencukupi, LUAS mengunjurkan sekurang-kurangya 200mm hujan supaya paras air berada pada tahap 55 peratus.
Empangan Klang Gate berfungsi untuk pemprosesan loji bagi Bukit Nanas dan loji Wangsa Maju.
Ia membekalkan air kepada penduduk di 577 kawasan di Wangsa Maju dan Gombak.
Berikut paras semasa takungan air di empangan utama di Selangor:
- Empangan Sungai Selangor kini di paras kritikal. Kapasiti takungannya kini di tahap 37 peratus dan hanya mampu membekalkan air selama 71 hari hari sahaja lagi.
- Empangan Langat di tahap kapasiti takungan 50 peratus.
- Empangan Sungai Tinggi di tahap 62 peratus bekalan air.