POKOK SENA: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan, remaja sindrom down yang juga mangsa penderaan, Bella menunjukkan perubahan positif dan semakin ceria selain luka-luka dibadannya sudah kembali pulih.
Menurut beliau, pada masa ini, Bella berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memastikan kesihatan serta pembangunan emosi remaja berusia 13 tahun itu pada tahap terbaik.
Sehubungan itu, Rina sekali menggesa pihak berkuasa agar dapat memastikan pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Katanya, tindakan itu perlu bagi memastikan pengajaran dapat diberikan kepada pihak terlibat selain kes yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang.
"Kita gesa pihak berkuasa bawa pelaku ke muka pengadilan sebab bidang siasatan (ini) di luar bidang Kementerian (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), jadi kita faham skop kerja tersebut.
"Saya juga telah berhubung dengan pihak berkuasa untuk bertanyakan status (atau perkembangan kes adik Bella) dan katanya siasatan telah dibuat dan telah selesai, serta (ketika ini) tengah menunggu (tindakan) daripada pihak pendakwa raya untuk meneruskan kes ini (ke peringkat) seterusnya,
"Kita hendak pesalah ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera supaya ia akan jadi satu pengajaran kepada yang lain," tegas Rina.
BACA: 'Pernah lihat Bella dipukul dengan penyangkut baju' - Saksi dakwa nampak kejadian di rumah perlindungan
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena pada Jumaat.
Pada 13 Julai lalu, polis mengesahkan kertas siasatan kes remaja sindrom down (SD) dipercayai didera dikenali sebagai Bella telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, bagi penelitian pihak pendakwaan.
BACA: #JusticeForBella: Dua siasatan dibuat, satu dirujuk kepada Peguam Negara - Polis
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya turut mengemukakan beberapa cadangan untuk penilaian berhubung kes terbabit.
JKM Kuala Lumpur juga telah menyita sebuah rumah kebajikan yang terbabit dalam siasatan kes penderaan Bella.
Abd Hadi Che Awang
Fri Aug 13 2021
Datuk Seri Rina Harun memaklumkan, remaja sindrom down yang juga mangsa penderaan, Bella menunjukkan perubahan positif dan semakin ceria selain luka-luka dibadannya sudah kembali pulih. - Gambar fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Kes Bella: TMJ cadang 3 penambahbaikan elak kes sama berulang
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mencadangkan tiga perkara bagi memastikan kes penderaan membabitkan remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella tidak berulang.
Kes Bella: Mahkamah benarkan lawat lokasi kejadian
Lawatan ke lokasi kejadian adalah penting kerana keterangan saksi tidak cukup termasuk gambar-gambar yang dikemukakan di mahkamah.
"Emosi Bella semakin baik, luka di badan mulai sembuh" - Rina Harun
Bella kini di bawah jagaan JKM dalam memastikan kesihatan serta pembangunan emosi remaja berusia 13 tahun itu pada tahap terbaik.
Bella ketakutan ketika sesi perbualan - Ras Adiba
Siasatan perlu dibuat secara meluas bagi memastikan si pelaku diheret ke muka pengadilan.