KUALA LUMPUR : Hakim Mahkamah Kuala Lumpur, Izralizam Sanusi membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk mengadakan lawatan di lokasi kejadian membabitkan seorang remaja kurang upaya (OKU) yang didakwa menjadi mangsa penderaan.
Permohonan itu dibuat susulan keterangan saksi pendakwaan, Yasmin Nahar Mahmood minggu lalu yang tampil menceritakan dakwaan tersebut.
Menurut peguam, Nur A'minahtul Mardiah, lawatan ke lokasi kejadian adalah penting kerana keterangan saksi tidak cukup termasuk gambar-gambar yang dikemukakan di mahkamah.
“Lawatan ini juga penting bagi memastikan mahkamah dan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memahami dan menghargai keterangan-keterangan yang telah serta bakal diberikan di mahkamah mengenai lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Ujarnya lagi, permohonan tersebut merupakan perkara biasa setiap kali membabitkan perbicaraan kes-kes jenayah atau dikenali sebagai proses ‘in the interest of justice’.
Bagaimanapun, kebenaran yang diberikan mahkamah hanya melibatkan barisan peguam pembelaan, pendakwaan, saksi pendakwaan serta tertuduh.
Turut hadir pada sesi prosiding hari ini ialah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi yang juga mewakili pihak OKU.
Sebelum ini, kisah remaja OKU yang dikenali sebagai Bella mendapat perhatian masyarakat selain ia turut tular di media sosial dengan tanda pagar #JusticeForBella.
Pada Jun lalu, polis telah menerima laporan berhubung kes penderaan remaja sindrom down tersebut yang ditemui dengan kesan melecur di anggota badan.
Hilmi Malik
Mon Apr 11 2022
Lawatan ke lokasi kejadian adalah penting kerana keterangan saksi tidak cukup termasuk gambar-gambar yang dikemukakan di mahkamah.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.
Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Jenazah Bella sebelum itu disolatkan di Masjid Datuk Bentara berhampiran kampung halamannya.