BEKAS isteri usahawan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, 43, telah dibebaskan daripada tahanan Penjara Kajang selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh hari.
Menerusi platform TikTok, sebuah media tempatan melaporkan hari pembebasan Emilia pada pagi Jumaat dan sempat menemu bual ibu kepada tiga orang anak itu.
Dalam pada itu, Emilia berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang menjadi tahanan di penjara wanita itu.
“Purata dalam satu sel ada 22 orang. Hari pertama saya dibawa ke pejabat pendaftaran, pendaftaran mengambil masa satu hari.
“By the time saya transfer ke tempat transit untuk kuarantin, dah empat hari di sana.
“Di situ, keadaan sangat mencabar di mana dalam bilik diberi tong untuk buang air kecil, kongsi ramai-ramai dan satu tong untuk buang air besar, share ramai-ramai, tiada penghadang, semua orang boleh tengok.
"Itu pengalaman yang saya tak boleh lupakan,” ujarnya.
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.
“Saya rasa syukur saya bebas tapi sebelum saya masuk memang saya dah jihad, saya masuk atas ketidakadilan.
“Jadi bila saya masuk tu, saya dah tenang hati sebab saya tiada buat salah. Jadi bila di dalam tu, alhamdulillah tiada masalah dan rintangan ke apa.
“Saya gunakan masa sebaiknya untuk diri saya dan bantu rakan-rakan yang lain,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan kata-kata sokongan dan positif buat Emilia agar terus kuat berdepan dugaan.
“@wanazhar266:Jika kita yakin dan berserah kepada Allah maka setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.. bersabarlah.”
“@langit:Ya Allah beri pahala atas musibah ni berilah dia ganti segalanya yang lebih baik..muliakan dia..angkatlah darjatnya disisiMu..aamin.”
“@Mustaffa1970:Penjara bukan hotel. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. setiap apa yang berlalu mungkin ada hikmahnya.”
“@Eda76:Semoga Allah permudahkan segala urusan puan Amy... tenang dan sabar Amy, semoga org yang menganiaya akan dapat balasan nanti.”
“@my mell: Semoga diberikan nikmat yang tak terhingga asbab isu ni. Tabah dan bersabar lah. Kami doakan semoga terus kuat.”
Pada 27 Jun lalu, Emilia menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.
Sekadar info, Emilia dan Faisal mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada Mac 2016.
Faisal merupakan anak sulung kepada pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin.
Gempak
Sat Jul 02 2022
Emilia berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang menjadi tahanan di penjara wanita itu. -TikTok MediaVariasi
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.
SM Faisal, bekas isteri akan berunding selesai kes di luar mahkamah
Mahkamah Majistret hari ini diberitahu bahawa Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding secara baik untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederaka
Mahkamah benarkan perenggan kenyataan Emilia digugurkan
Majistret Nadia Othman memutuskan demikian semasa prosiding kes Emilia, yang didakwa dipukul SM Faisal, lapan tahun lalu.
"Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak" - Emilia
Emilia bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki SM Faisal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini.
SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam
Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023.
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.
Adik perempuan dakwa Emilia telah dipukul sejak 2011
Mahkamah Majistret diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin telah memukul bekas isterinya, Emilia Hanafi, sejak 2011.
SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia
SM Faisal telah bertemu dengan Emilia semasa bermain kasut roda ketika remaja.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 25 Nov
Perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Emilia yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 25 Nov.