Kurang daripada tiga minit, sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini mengalami kerugian sekitar RM1 juta selepas disamun lima lelaki pada petang Rabu.
Dalam kejadian sekitar 3 petang itu, sekumpulan lelaki bertopi keledar dengan visor penuh bertindak meluru masuk dan merompak hampir 75 peratus daripada stok emas di dalam kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata pada waktu kejadian kedai tersebut masih beroperasi namun mujur tiada pelanggan berada di dalam kedai berkenaan.
Katanya, kelima-lima mereka meluru masuk secara tiba-tiba dan salah seorangnya mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan.
Polis masih memastikan sama ada pistol tersebut itu pistol betul atau palsu.
Katanya suspek juga menempelak pekerja yang mengangkat cermin yang menyimpan barang-barang kemas bagaimanapun tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam tempoh kejadian,
Tambahnya,tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan menggunakan motosikal.
Sum berkata, kedai emas tersebut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya akan meneliti video rakaman bagi menyiasat dengan lebih lanjut kes rompakan yang pertama kali terjadi di kedai emas berkenaan.
Astro Awani
Wed Mar 16 2016
Kurang daripada tiga minit, sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar mengalami kerugian sekitar RM1 juta selepas disamun lima lelaki pada petang Rabu.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Lelaki samun kedai emas guna pistol mainan diberkas
Lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan semasa cuba melarikan diri sebaik melakukan rompakan di kedai emas.