SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan perkhidmatan khas helikopter ambulans pertama negara dipanggil Emergency Medical Air Rescue Services (EMARS).
Inisiatif itu merupakan usaha memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan semua lapisan masyarakat, terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung Orang Asli yang sukar diakses dengan laluan darat.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, selain memastikan ketersampaian perkhidmatan kepada akar umbi di mana pun mereka berada, EMARS dapat menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
“Ketika ini Kementerian Kesihatan terpaksa mengupah khidmat pakar swasta termasuk flying doctors di kawasan-kawasan pedalaman.
“Setiap tahun anggaran perbelanjaannya adalah lebih kurang RM20 juta. Tapi sekarang dengan khidmat yang ditawarkan oleh pasukan bomba ini, kita cuma belanja RM5 juta sahaja setahun,” katanya pada Majlis Pelancaran EMARS dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan 2023 di sini hari ini.
Turut hadir menyempurnakan majlis adalah Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.
Inisiatif yang dilaksana dengan libat urus bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) akan memulakan operasinya pada 1 Mei ini, turut berfungsi untuk membantu mempercepat operasi kecemasan seperti pemindahan mangsa kemalangan jalan raya dan pemindahan organ.
Helikopter EMARS diambil daripada aset sedia ada JBPM dari jenis Agusta Agusta A109E Power yang diubah suai untuk dilengkapi peralatan perubatan kecemasan, boleh memuatkan tujuh orang pada satu-satu masa.
Buat masa ini, kata Kor Ming, satu sahaja helikopter EMARS akan digerakkan ke seluruh Semenanjung dan perkembangan jumlah dan kawasan liputannya di masa akan datang bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.
Sementara itu, menyentuh mengenai Kempen Keselamatan Musim Perayaan 2023, Kor Ming memaklumkan bahawa JBPM menzahirkan komitmennya dalam memastikan keselamatan adalah bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa tetapi setiap anggota masyarakat.
Bagi musim Aidilfitri, hanya 20 peratus daripada keseluruhan anggota seluruh negara diberikan kelulusan untuk cuti beraya sementara selebihnya akan bergilir bertugas mengikut syif di 334 buah balai bomba di serata negara.
Israr Khalid
Sat Apr 15 2023
Nga (lima, kanan) dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (empat, kanan) bergambar bersama helikopter Emars jenis A109E ketika Majlis Pelancaran Helikopter Emars dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM hari ini. - FOTO BERNAMA
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Institut Kebangsaan Rawatan Pra-Hospital dan Perubatan Bencana akan ditubuhkan - KKM
Institut Kebangsaan Rawatan Pra-Hospital dan Perubatan Bencana akan ditubuhkan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat.
EMARS dapat jimat perbelanjaan negara RM15 juta setahun
Perkhidmatan helikopter ambulans JBPM diperkenal untuk memenuhi keperluan perubatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan kampung Orang Asli.
Ini 4 perkara perlu anda tahu tentang perkhidmatan helikopter ambulans EMARS
Ia dalam usaha memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan, terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung orang asli yang sukar diakses dengan laluan darat.
EMARS dapat jimat perbelanjaan negara RM15 juta setahun
Pengoperasian helikopter ambulans EMARS pertama milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bermula 1 Mei ini, dijangka menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM15 juta setahun.