JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melancarkan perkhidmatan khas helikopter ambulans pertama yang dipanggil 'Emergency Medical Air Rescue Services' (EMARS).
Ini adalah usaha untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan, terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung orang asli yang sukar diakses dengan laluan darat.
BACA: Bomba lancar helikopter ambulans pertama
BACA: Operasi helikopter ambulans jimat kos kerajaan RM15 juta
Berikut empat perkara perlu anda tahu tentang EMARS:
Menjimatkan Perbelanjaan Negara Setahun Sekurang-kurangnya RM15 Juta
Inisiatif ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.
Selain memastikan ketersampaian perkhidmatan kepada setiap lapisan masyarakat hingga ke akar umbi, inisiatif ini turut membawa manfaat dalam aspek kewangan.
Operasi Bermula 1 Mei Ini
Inisiatif yang dilaksanakan dengan libat urus bersama Kementerian Kesihatan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan memulakan operasinya pada 1 Mei ini.
Helikopter EMARS diambil daripada aset JPBM sedia ada dari jenis Agusta AW109E yang diubah suai untuk dilengkapi peralatan perubatan kecemasan, boleh memuatkan tujuh orang pada satu-satu masa.
Meningkatkan Kecemasan Seperti Pemindahan Mangsa Kemalangan Jalan Raya
Inisiatif ini turut berfungsi untuk mempercepat operasi kecemasan seperti pemindahan mangsa kemalangan jalan raya.
Satu Helikopter EMARS Digunakan Untuk Seluruh Semenanjung
Buat masa ini, hanya sebuah helikopter EMARS akan digerakkan ke seluruh semenanjung. Namun, perkembangan jumlah dan capaiannya di masa akan datang bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.
Astro Awani
Sat Apr 15 2023

EMARS diperkenal dalam usaha memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan, terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung orang asli yang sukar diakses dengan laluan darat. -Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.