Elemen tradisional perlu terus dikekalkan dalam pembangunan Bagan Datuk yang secara rasmi diisytiharkan sebagai daerah pentadbiran ke-12 di Perak hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan perimbangan antara sistem pentadbiran dan elemen nilai-nilai tradisional, ia diyakini dapat memantapkan pembangunan di daerah Bagan Datuk.
"Eleman tradisional perlu dikekalkan terutama yang menyentuh tentang kedaulatan dan kesultanan. Kita tidak menolak dunia tapi pada masa sama mendokong akhirat," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berucap pada majlis pengisytiharan Bagan Datuk sebagai daerah pentadbiran ke-12 oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid meminta semua pihak sama ada yang sehaluan dengannya atau sebaliknya supaya dapat memastikan pembangunan daerah Bagan Datuk dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
"Kerjasama daripada semua pihak terutama pegawai peringkat Persekutuan dan negeri amat saya perlukan.
"Saya sendiri akan pantau pembangunan di daerah ini, bukannya campur tangan tapi sekadar pastikan komitmen yag dirancang dapat dilaksanakan," katanya.
Menurut Ahmad Zahid cadangan supaya Bagan Datuk dijadikan daerah pentadbiran baharu merupakan satu bentuk jalinan kombinasi erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri kerana ia direalisasikan hanya dalam masa tiga bulan selepas dibentangkan kepada jemaah menteri pada 16 Mac tahun lalu.
"Dengan komitmen tinggi daripada kerajaan Perak, hanya dalam tempoh tiga bulan sahaja Bagan Datuk ini diwartakan sebagai daerah pentadbiran baharu iaitu pada 16 Jun 2016," katanya.
Bagan Datuk merupakan daerah ke-12 di Perak selepas Kinta, Larut Matang dan Selama, Hilir Perak, Manjung, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kampar, Perak Tengah serta Muallim. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
Bagan Datuk merupakan daerah ke-12 di Perak selepas Kinta, Larut Matang dan Selama, Hilir Perak, Manjung, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kampar, Perak Tengah serta Muallim - Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk, perlu peruntukan besar untuk diperbaiki
Baik pulih ban pecah di 12 kawasan di Bagan Datuk memerlukan kos yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya 10 juta bagi setiap ban, kata Ahmad Zahid.
Bagan Datuk catat pendaratan ikan tertinggi di Perak
Bagan Datuk menjadi daerah tertinggi di negeri ini memperoleh pendaratan ikan marin berjumlah 136,929.45 tan metrik pada tahun lepas.
Dua nelayan Indonesia didakwa edar 10.61kg dadah
Dua nelayan warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 10.61 kilogram (kg), minggu lepas.
Hanya dua murid Tahun 1 di SK Tebing Rebak
Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, Sungai Sumun di sini hanya menerima dua pendaftaran baharu bagi Tahun Satu sesi persekolahan 2024.
Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga angkatnya yang berbangsa Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang, Bagan Datuk.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.
Taman Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk perkasa sekuriti makanan
Projek berimpak tinggi itu merupakan antara inisiatif terbaik bagi memperkasakan agenda sekuriti makanan khususnya melalui sektor perikanan.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.