BAGAN DATUK: Kerajaan Perak melalui Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) bekerjasama dengan Younchang Engineering and Construction (M) Sdn Bhd serta Chin Hin Group Bhd bagi pembangunan projek Taman Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk yang melibatkan pelaburan bernilai lebih RM2 bilion.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek berimpak tinggi itu merupakan antara inisiatif terbaik bagi memperkasakan agenda sekuriti makanan khususnya melalui sektor perikanan.
"Melalui projek ini kawasan Bagan Datuk dapat dijadikan sebagai pusat industri dan perdagangan perikanan global serta menghasilkan limpahan manfaat sosioekonomi di daerah ini.
"Melalui projek ini juga dianggarkan sebanyak 5, 500 peluang pekerjaan dapat diwujudkan khususnya kepada penduduk sekitar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 10/2023 di Dewan Dato' Lope Hashim di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Saarani turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MB Inc bersama Younchang Engineering and Construction (M) Sdn Bhd serta Chin Hin Group Bhd bagi pembangunan projek tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata kerjasama melalui projek industri perikanan berskala besar itu berpotensi memberi pulangan tinggi dari sudut penjanaan ekonomi negeri.
Beliau berkata dengan penglibatan syarikat antarabangsa ini, projek berkenaan akan berdaya maju khususnya dalam menjadi pusat pemprosesan, pembekalan dan pengedaran produk laut utama di rantau ini.
"Dalam erti kata lain, projek berimpak tinggi yang melibatkan perusahaan dan pelaburan asing ini memerlukan pemaju yang berkeupayaan tinggi daripada segi kewangan dan teknikal untuk membentuk kepercayaan pelabur," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Datuk Seri Saarani Mohamad menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 10/2023 di Dewan Dato' Lope Hashim di Bagan Datuk, pada Khamis. - Gambar Facebook SAARANI MOHAMAD

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Taman Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk perkasa sekuriti makanan
Projek berimpak tinggi itu merupakan antara inisiatif terbaik bagi memperkasakan agenda sekuriti makanan khususnya melalui sektor perikanan.