KUALA LUMPUR:Menyedari keperitan hidup anggota polis di bandar-bandar besar, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sekali lagi meminta kerajaan menimbang kenaikan elaun tetap perumahan untuk anggota pasukan keselamatan itu.
Memberi contoh seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terpaksa menunggang motosikal berulang setiap hari dari Sijangkang, Selangor untuk ke pejabat berikutan sewa rumah yang mahal di ibu kota, Abdul Hamid berkata elaun perumahan RM300 yang diterima sekarang tidak dapat menampung kadar sewa di bandar-bandar besar.
“Saya tidak minta gaji polis naik tetapi saya minta elaun rumah mereka dinaikkan kerana anak buah saya (anggota polis) yang terpaksa menyewa di sekitar Lembah Klang memang berhadapan kos sara hidup yang tinggi… bayangkan mereka yang bertugas di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
“Anak buah saya yang bergaji anggaran RM2,500 sebulan selepas tolak pelbagai komitmen mungkin berbaki RM1,500 jadi apa yang mereka ada? Itu yang menggalakkan mereka tahan orang dan jatuh hukum di situ juga… jadi ‘majistret jalanan’ (ambil rasuah),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika menerima kunjungan hormat pihak pengurusan tertinggi agensi berita itu di Bukit Aman, di sini semalam.
Abdul Hamid berkata anggota pasukan keselamatan itu sepatutnya layak mendapat kuarters, tetapi bilangan kuarters polis yang ada sekarang tidak mencukupi untuk menampung keperluan, dan pada masa ini kira-kira 10,000 anggota tinggal di berek, manakala antara 10,000 dan 11,000 lagi terpaksa menyewa di luar.
"Kami memerlukan 20,000 berek polis untuk menampung keperluan anggota kami yang pada masa ini rata-rata menyewa di luar, terutama di Lembah Klang,” katanya.
“Saya hendak fokuskan dengan membina lebih banyak berek di Lembah Klang dan projek itu sudah lulus, cuma hendak ‘take off’ (mula bina) sahaja,” katanya sambil menyatakan kelegaan apabila peruntukan Belanjawan 2021 untuk pasukan polis tidak berkurangan.
Beliau percaya jika isu kebajikan anggota ditangani sebaiknya, masalah salah laku dan rasuah yang sering dikaitkan dengan pasukan keselamatan itu boleh dibanteras.
Terdahulu Pengerusi Bernama Senator Ras Adiba Radzi, Ketua Pegawai Eksekuti Bernama Datuk Mokhtar Hussain dan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad mengadakan kunjungan hormat ke atas pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia itu.
Kunjungan hormat itu antara lain membincangkan isu keselamatan siber, peranan media di Malaysia serta hubungan kerjasama di antara Bernama dan PDRM.
-- BERNAMA
Fareez Azman
Wed Dec 09 2020

Abdul Hamid (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ras Adiba sempena kunjungan hormat pihak pengurusan tertinggi Bernama ke atas Ketua Polis Negara itu, sambil disaksikan Mokhtar (kanan) di Bukit Aman, Kuala Lumpur, 9 Dis, 2020. -fotoBERNAMA

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.