Setelah Malaysia memperbaik kedudukannya dalam Laporan Kegembiraan Dunia tahun ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat terus menjaga emosi di sebalik keperluan meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras
"Tiada gunanya berpendapatan tinggi tetapi tidak gembira. Memang penting untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras tetapi jangan sampai mengakibatkan tekanan emosi yang melampau.
"Tenangkan fikiran dengan beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga agar kita dapat mengimbangi antara keceriaan dan kemajuan diri sendiri," kata perdana menteri mengenai Laporan Kegembiraan Dunia 2017 yang dimuat naik di laman sesawangnya, www.najibrazak.com.
Beliau berkata kedudukan Malaysia yang mendahului negara-negara seperti Jepun, Rusia, Itali, Korea Selatan dan China dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2017 menunjukkan tahap kegembiraan tidak selalunya seiring dengan kemajuan.
Menurut Laporan Kegembiraan Dunia 2017 Gallup World Poll yang disiarkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini, Malaysia naik lima anak tangga daripada kedudukan ke-47 tahun lepas.
Najib menyifatkan pencapaian Malaysia itu sebagai sangat menarik.
Kajian itu melibatkan 155 negara di dunia yang berdasarkan beberapa faktor termasuk kekuatan ekonomi, impak sosial, jangka hayat, kebebasan membuat pilihan, kemurahan hati dan tanggapan tentang rasuah.
Perdana Menteri berkata kegembiraan adalah perkara subjektif dan berbeza mengikut individu, tetapi akan menyuntik semangat untuk meneruskan kehidupan dengan jaya.
Menurut laporan itu, Norway merupakan negara paling gembira di dunia diikuti Denmark, Iceland dan Switzerland.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2017

PM NAJIB: Memang penting untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras tetapi jangan sampai mengakibatkan tekanan emosi yang melampau. -Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Elakkan tekanan emosi melampau - PM Najib
Tiada gunanya berpendapatan tinggi tetapi tidak gembira. Memang penting untuk meningkatkan produktiviti dengan bekerja keras tetapi jangan sampai mengakibatkan tekanan emosi yang melampau.