KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering ketika ini berikutan negara sedang mengalami fasa kedua Monsun Timur Laut sehingga pertengahan Mac ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan semalam berkata, dalam tempoh itu, taburan hujan di seluruh negara akan mengalami pengurangan dan menyebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering di Semenanjung Malaysia.
"Sewaktu tempoh cuaca panas dan kering ini, dikhuatiri peningkatan kejadian pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah.
Ini termasuk juga peningkatan kes dan aduan pembakaran terbuka di tapak-tapak pembuangan sampah haram, kawasan perumahan atau kejiranan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, JAS menggesa supaya kewujudan tapak-tapak pembuangan sampah haram dapat dibanteras dan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka serta pencemaran udara.
Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 29 (A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, selain kompaun sehingga RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.
Orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e Aduan JAS di laman sesawang https://eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
![Elakkan pembakaran terbuka - Jabatan Alam Sekitar Elakkan pembakaran terbuka - Jabatan Alam Sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626156323_jabatanalamsekitar.jpg)
JAS menggesa supaya kewujudan tapak-tapak pembuangan sampah haram dapat dibanteras dan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka serta pencemaran udara.
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720438441_NikNazmiPortDick.jpg)
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
NRES komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Pencemaran udara Pasir Gudang: Mahkamah perintah denda naik kepada RM640,000 Pencemaran udara Pasir Gudang: Mahkamah perintah denda naik kepada RM640,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719468109_TBMahkamahTinggi.jpg)
Pencemaran udara Pasir Gudang: Mahkamah perintah denda naik kepada RM640,000
Syarikat P Tech Resources Sdn Bhd diperintahkan membayar denda berjumlah RM640,000 membabitkan lapan pertuduhan pilihan berbentuk kesalahan pentadbiran.
![Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717302522_airbiru.jpg)
Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS
Siasatan JAS mendapati pelaku dipercayai membuang bahan berwarna itu pada waktu malam atau awal pagi secara 'one off'.
![JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715504620_sungaimerah.jpg)
JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah
Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti yang disalurkan terus ke dalam sungai.
![Rompin catat IPU tidak sihat Rompin catat IPU tidak sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714462994_TBIPUjpg.jpg)
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
![231 stesen pengawasan pantau kualiti air di Johor 231 stesen pengawasan pantau kualiti air di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697253857_LingTianSoon.jpg)
231 stesen pengawasan pantau kualiti air di Johor
Sebanyak 231 stesen pengawasan kualiti air sungai dipasang di seluruh Johor bagi mengenal pasti tahap kualiti air.
![Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711328042_TBKEBAKARANjpg.jpg)
Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi
Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.
![Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711036513_DrFameyYusoff.jpg)
Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu
Mohd Famey Yusoff berkata lelaki tempatan berumur 44 dan 38 tahun itu ditahan di kilang terbabit pada 5 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
![Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710578310_TBJAS.jpg)
Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi
Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah Alor Setar dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan oleh Jabatan Alam Sekitar.