Mentaliti 'tidak akan berlaku pada diri sendiri' menjadi antara pendorong penyakit berkaitan jantung kian meningkat dalam masyarakat di negara ini.
Naib Presiden Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Prof Sulaiman Osman berkata, apa yang lebih menarik, mentaliti yang dikaitkan dengan sindrom penafian atau in denial itu turut melibatkan golongan profesional termasuk pakar perubatan.
"Doktor yang merawat orang sakit pun ramai yang ada sindrom ini, apatah lagi masyarakat biasa. Bagi golongan profesional, alasan utama adalah mereka 'rasa' sihat' namun hakikatnya golongan ini paling terdedah kepada risiko tekanan dan tidak mempunyai masa untuk bersenam.
"Lama-kelamaan, sindrom ini bagaikan bom jangka dalam diri mereka yang akhirnya menyebabkan mereka mengalami serangan jantung atau angin ahmar kerana gagal mendapatkan rawatan lebih awal.
"Perlu ada pemikiran yang kita mungkin kena penyakit dan itu membuatkan kita bertanggungjawab sepenuhnya pada kesihatan diri sendiri dengan cara aktif bersenam dan menjaga pemakanan. Jangan sampai kena serangan jantung, baru nak menyesal," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis, The KL World Heart Day 2019 - Go Red For Women (GRFW), di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah GRFW, Ainon Kuntom berkata, Kempen GRFW yang dilaksanakan melalui Yayasan Jantung Negara Malaysia dengan kerjasama Asia World Event dan KL City Art Gallery merupakan kempen kesedaran antarabangsa yang didedikasi khas untuk pencegahan, diagnosis dan kawalan penyakit kardiovaskular pada wanita.
"Aktiviti yang dijalankan adalah forum kesihatan, pemeriksaan dan saringan kesihatan, zumba serta pameran. Cuma istimewanya hari ini, ia turut melibatkan aktiviti seni seperti melukis bagi menghilangkan tekanan," katanya.
Kempen julung kali tersebut dihadiri lebih 100 peserta dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah bagi memberi peluang kepada wanita memahami pengurusan rumah tangga dengan lebih baik dari segi kesihatan dan kewangan, memandangkan mereka merupakan tunjang utama dalam sesebuah keluarga. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
![Elakkan berfikir 'rasa sihat', penyakit jantung boleh serang sesiapa sahaja Elakkan berfikir 'rasa sihat', penyakit jantung boleh serang sesiapa sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569745099_sakitjantung.jpg)
Mentaliti 'tidak akan berlaku pada diri sendiri' menjadi antara pendorong penyakit berkaitan jantung kian meningkat dalam masyarakat di negara ini. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Malaysia tuan rumah Kongres Persekutuan Hemofilia Dunia 2026 Malaysia tuan rumah Kongres Persekutuan Hemofilia Dunia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719217877_loveKL.jpg)
Malaysia tuan rumah Kongres Persekutuan Hemofilia Dunia 2026
Ia memupuk kerjasama global dalam penjagaan hemofilia dan menyerlahkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi utama persidangan antarabangsa.
![Sultan Johor berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2 Sultan Johor berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689861670_SultanIbrahimSulta.jpg)
Sultan Johor berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2
Sultan Johor hari ini berangkat pulang dari DSH 2, Kuala Lumpur selepas selamat menjalani pembedahan di bahu kanan akibat kecederaan lama, Selasa lepas.
![Jangan terperdaya dengan pihak mengaku pengamal atau pakar perubatan - MPM Jangan terperdaya dengan pihak mengaku pengamal atau pakar perubatan - MPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663000352_TBHISHAMABDULLAH.jpg)
Jangan terperdaya dengan pihak mengaku pengamal atau pakar perubatan - MPM
Antara syarat utama pendaftaran sebagai seorang pakar adalah pengamal tersebut perlu berdaftar penuh dengan MPM.
![COVID-19: 'Lockdown' pilihan terakhir - Dr Farhan Rusli COVID-19: 'Lockdown' pilihan terakhir - Dr Farhan Rusli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621463377_FarhanRusli.jpg)
COVID-19: 'Lockdown' pilihan terakhir - Dr Farhan Rusli
Kata Dr Farhan, jika dilihat implikasi perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 dahulu, walaupun ia berkesan dalam meratakan lengkungan, negara mengalami kerugian sekitar RM2.6 bilion sehari.
![Pesakit COVID-19 di India dikesan dijangkiti kulat berpotensi membawa maut Pesakit COVID-19 di India dikesan dijangkiti kulat berpotensi membawa maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620015113_INDIA.jpg)
Pesakit COVID-19 di India dikesan dijangkiti kulat berpotensi membawa maut
Para doktor dan pakar perubatan percaya ia dikesan menjangkiti beberapa pesakit COVID-19 dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah.
![AMM gesa kerajaan jelaskan status golongan berisiko dalam program imunisasi AMM gesa kerajaan jelaskan status golongan berisiko dalam program imunisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614316723_Vaksin.jpg)
AMM gesa kerajaan jelaskan status golongan berisiko dalam program imunisasi
AMM berkata strategi imunisasi negara perlu bersifat inklusif dan melengkapkan kumpulan berisiko tinggi dan rentan dengan maklumat bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang bijak.
![Waspada sebarang kesan negatif vaksin COVID-19 - Dr Zainal Ariffin Waspada sebarang kesan negatif vaksin COVID-19 - Dr Zainal Ariffin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613881026_VAKSINCOVID.jpg)
Waspada sebarang kesan negatif vaksin COVID-19 - Dr Zainal Ariffin
Program vaksinasi perlu dijalankan secepat mungkin agar pengawalan pandemik dapat dilakukan dalam tempoh singkat.
![Boleh tamatkan PKP tetapi ketatkan SOP, tiada rentas negeri - Pakar perubatan Boleh tamatkan PKP tetapi ketatkan SOP, tiada rentas negeri - Pakar perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61612057420_NSK.jpg)
Boleh tamatkan PKP tetapi ketatkan SOP, tiada rentas negeri - Pakar perubatan
Kesedaran masyarakat sangat penting dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dan ini adalah cabaran yang sangat besar.
![Pakar perubatan China minta Malaysia lindungi rakyat untuk cegah lantunan COVID-19 Pakar perubatan China minta Malaysia lindungi rakyat untuk cegah lantunan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588434529_PakarperubatanChin.jpg)
Pakar perubatan China minta Malaysia lindungi rakyat untuk cegah lantunan COVID-19
Pakar perubatan dari China berkata perlindungan terhadap ketiga-tiga hab amat penting dalam usaha mencegah kes daripada berulang.
![Pakar universiti mampu bantu sebar informasi kesihatan mental Pakar universiti mampu bantu sebar informasi kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588416728_DrAmer.jpg)
Pakar universiti mampu bantu sebar informasi kesihatan mental
Penggunaan media sosial adalah sangat penting, namun masih terdapat kaedah yang boleh menyampaikan semua maklumat ke medium-medium tertentu.