Lebih 600,000 unit rumah akan ditawarkan pada program ekspo perumahan peringkat kebangsaan anjuran pihak Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok sehingga 1 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata ekspo perumahan terbesar itu tidak hanya mengetengahkan kediaman di Lembah Klang, sebaliknya yang turut terletak di seluruh negara.
"Kami menawarkan rumah di seluruh negara dalam usaha membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) yang bekerja di Lembah Klang tetapi berminat untuk membeli kediaman di negeri lain.
"Sehubungan itu, kami menggesa orang ramai untuk mengambil peluang ini dengan mengunjungi ekspo yang turut berperanan sebagai pusat sehenti. Ini kerana wakil agensi kerajaan dan lainnya termasuk institusi perbankan, akan turut hadir bagi membantu mereka yang berminat membeli rumah tersebut," katanya pada sidang media bersempena penganjuran ekspo 9 hari itu.
Mengulas selanjutnya, Abdul Mutalib berkata PR1MA akan menawarkan sebanyak 267,640 unit rumah manakala selebihnya ditawarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Syarikat Perumahan Negara Bhd; Rumah Wilayah Persekutuan dan Projek Perumahan 1Malaysia untuk penjawat awam.
Beliau berkata, 60 peratus daripada unit kediaman yang ditawarkan pada ekspo itu bernilai RM300,000 seunit dan ke bawah manakala bakinya bernilai sehingga RM400,000.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah termasuk dua unit rumah PR1MA masing-masing di Cheras dan Kajang, sebuah kereta Myvi, baucar pelancongan dan produk gaya hidup lainnya.
Maklumat lanjut ekspo itu www.pr1ma.my selain di laman Facebook dan Instagram @ PR1MAHomes.
PR1MA yang dibentuk di bawah Akta PR1MA 2012, bertujuan merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana dengan pendapatan isi rumah antara RM2,500-RM15,000 sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 23 2018
Antara rumah PR1MA yang ditawarkan pada ekspo di PWTC.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Ubah persepsi pemilikan rumah 'bertingkat tinggi' - PR1MA
Pihak PR1MA mendapati pembeli masih ingin memiliki rumah kategori bertanah, walaupun rumah berkenaan lebih mahal dan sukar dibeli khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Ekspo PR1MA tawar lebih 600,000 unit rumah
Lebih 600,000 unit rumah di seluruh negara akan ditawarkan pada program ekspo PR1MA di PWTC.
20,000 rumah bakal didirikan menerusi PR1MA
Sebanyak 20,000 unit rumah mampu bakal didirikan di empat buah negeri menerusi projek perumahan rakyat 1 Malaysia (PR1MA) menjelang 2018.