Sebanyak 20,000 unit rumah mampu bakal didirikan di empat buah negeri termasuk di Greater Lembah Klang menerusi fasa pertama projek perumahan rakyat 1 Malaysia (PR1MA) menjelang 2018.

Prima corp baru-baru ini telah meluluskan 15 projek pembangunan rumah mampu milik di Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5 bilion.

Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias projek-projek berkenaan memenuhi garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta Pr1ma 2012 dan fasa pertama pembinaan telah diluluskan.

Harga seunit rumah yang terdiri daripada rumah teres biasa dan apartment itu akan dijual bermula serendah RM150,000 sehingga maksimum RM400,000.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.