KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berserta Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang juga agensi peneraju ekonomi digital negara, telah melancarkan Minggu Ekonomi Digital Malaysia pada acara Ekspo 2020 Dubai.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman mengenai Malaysia Digital pada Ekspo 2020 Dubai adalah bertepatan pada masanya serta relevan berikutan proses dan insentif yang dipertingkatkan itu amat penting bagi mempercepat pemulihan ekonomi negara daripada impak pandemik COVID-19.
"Sejajar dengan dengan Rancangan Malaysia ke-12, Malaysia Digital yang dipertingkat ini akan menjadi asas kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) membabitkan sasaran pelaburan sebanyak RM70 bilion menjelang 2025," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu Ekonomi Digital yang berlangsung pada 9-15 Januari, 2022 di Pavilion Malaysia dalam acara ekspo dunia itu, dijangka menjana peluang perdagangan dan pelaburan bernilai RM300 juta selain mendapat 50 petunjuk perniagaan dari serata global.
Minggu Digital Ekonomi tersebut turut menandakan pelancaran awal Malaysia Digital iaitu program yang dipertingkat bagi menggantikan MSC Malaysia yang telah wujud selama 25 tahun.
Inisiatif baharu itu akan berperanan bagi mempercepatkan ekonomi digital Malaysia dan memberi limpahan ekonomi digital yang besar melalui akses saksama ke atas mekanisme digital, pengetahuan dan peluang pendapatan.
Malaysia Digital juga dijangka dapat meningkatkan nilai Malaysia bagi menarik pelaburan digital menerusi rangka kerja baharu yang berteraskan tiga komponen utama iaitu ketangkasan, fleksibiliti dan perkaitan atau relevan.
Selain itu, Malaysia Digital akan menawarkan ketangkasan yang lebih baik kepada syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa dengan menyediakan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti bagi syarikat untuk memilih daripada insentif fiskal dan/atau bukan fiskal yang kompetitif.
Malah, rangka kerja baharu Malaysia Digital akan menyaksikan aspek termasuk Rang Undang-Undang Jaminan dan insentif bukan berasaskan lokasi yang dipertingkat selain perluasan lokasi untuk MSC Malaysia mempromosikan aktiviti.
Sejajar dengan inisiatif Malaysia Digital, kerajaan dan MDEC akan memperkenalkan dua inisiatif utama yang akan memacu dan memangkin ekonomi digital iaitu DE Rantau dan Perdagangan Digital Malaysia.
DE Rantau disasarkan menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan digital dan mempromosikan mobiliti profesional digital serta pelancongan di seluruh negara.
Perdagangan Digital Malaysia pula diwujudkan sebagai antara inisiatif pemangkin di bawah Malaysia Digital untuk yang ditubuhkan untuk memanfaatkan peluang dalam pendigitalan yang dipercepat susulan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz berkata projek-projek baharu akan dipacu oleh misi MDEC untuk melonjakkan ekonomi digital menerusi inisiatif pemangkin, berimpak tinggi serta pelaburan strategik, mampan dan dasar inklusif.
"Malaysia Digital akan memacu ekonomi digital ke tahap baharu selain menerapkan ekonomi digital yang progresif, saksama dan berteraskan inovasi seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata beliau.
Minggu Ekonomi Digital tersebut merupakan sebahagian daripada 26 program mingguan bertemakan perdagangan dan perniagaan anjuran Pavilion Malaysia bagi acara Ekspo 2020 Dubai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022

Annuar Musa berkata, pengumuman mengenai Malaysia Digital pada Ekspo 2020 Dubai adalah bertepatan pada masanya serta relevan. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM
Beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.

Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.

Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.

KKMM luluskan RM100,000 bagi bantu mangsa banjir pantai timur - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.

'RIUH EK! bersama unifi' di Ayer Hitam dekatkan seni kreatif dengan Keluarga Malaysia
Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.

KKMM akan bina 618 PoP di Johor tahun ini - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan membina 618 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) di Johor pada tahun ini, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.

PRN Johor: Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar
Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media.

Annuar Musa umum lepaskan jawatan Presiden KL City FC
Selepas memainkan peranan penting dalam melakar kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjuarai Piala Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa bakal melepaskan jawatan presiden kelab itu.

KKMM sedang teliti kaedah pelaporan audit ukur kualiti capaian Internet - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang meneliti satu kaedah pelaporan audit yang jelas bagi mengukur tahap prestasi kualiti capaian Internet di seluruh negara.

Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika - Annuar
Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan meningkatkan integriti pihak media itu sendiri.