DUBAI: Ekspo 2020 Dubai yang disertai Malaysia disifatkan sebagai 'jendela peluang' dalam memastikan perkembangan Malaysia setaraf negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata penglibatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mencatatkan kejayaan susulan pemeteraian 13 memorandum persefahaman oleh syarikat-syarikat Malaysia yang menyertai Minggu Ekonomi Digital Malaysia.
"Bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia kita mengambil kesempatan sepenuhnya daripada Minggu Ekonomi Digital Malaysia untuk membolehkan inovasi daripada syarikat-syarikat dan usahawan dari negara kita membuat libat urus dan kerjasama dengan syarikat lain.
"...ekspo ini adalah peluang terbaik yang saya harap terutama sekali dari sudut perkembangan syarikat Malaysia yang menceburkan diri dalam ekonomi digital, saya harap ekspo ini menjadi peluang untuk mereka mendapatkan rakan kongsi, kerjasama," katanya.
Selain itu, beliau menyifatkan pertemuannya dengan syarikat negara luar yang bekerjasama dengan syarikat tempatan (Malaysia) sebagai 'eye-opener' untuk beliau menggalakkan syarikat tempatan menyertai pasaran secara global, khususnya dalam bidang inovasi, kreatif serta bidang melibatkan ekonomi digital.
Beliau berkata demikian selepas melawat beberapa pavilion negara luar termasuk Sweden, Slovenia dan Australia di Ekspo 2020 Dubai hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil negara di pavilion berkenaan termasuk Pengarah Pemasaran Ericsson Jason Selen bagi berbincang mengenai kesalinghubungan di Malaysia.
Kesalinghubungan adalah aspek penting dalam mencapai aspirasi bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan rantau ini, program yang diperkenalkan dalam Bajet 2022.
Annuar mengadakan lawatan kerja di Dubai bermula 10 hingga 13 Jan dan beliau mengumumkan Minggu Ekonomi Digital Malaysia sempena Ekspo 2020 Dubai semalam.
MDEC menyasar untuk menarik pelaburan komited bernilai lebih RM300 juta, serta 50 prospek perniagaan yang layak semasa Minggu Ekonomi Digital Malaysia bermula dari 9 hingga 15 Jan di Ekspo 2020 Dubai.
Dari 9 hingga 15 Jan, MDEC akan mengetuai satu delegasi terdiri daripada 20 syarikat Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai sebagai sebahagian daripada program Minggu Ekonomi Digital Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan pada Majlis Meraikan Ekonomi Digital Ekosistem & Industri Ekonomi Digital Malaysia sempena Minggu Ekonomi Digital Malaysia di Ekspo Dubai 2020. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ekspo 2020 Dubai jadi landasan kepada syarikat Malaysia untuk berkembang - Azmin
MITI akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dunia yang akan datang.

Perdana Menteri hadir Persidangan Kerajaan Dunia 2022 di Dubai
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Persidangan Kerajaan Dunia 2022 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bersempena Ekspo 2020 Dubai, petang ini.

Ekspo 2020 Dubai: Selangor Week peluang perkukuh, tarik pelaburan
Selangor Week berlangsung bermula 6 hingga 12 Mac 2022 dengan penyertaan 17 syarikat.

Minggu Ekonomi Digital Malaysia jana perdagangan, pelaburan berkelayakan RM1.3 bilion
Jumlah yang dijana daripada penyertaan 22 syarikat teknologi Malaysia, melepasi sasaran awal RM300 juta dari segi pelaburan.

Ekspo 2020 Dubai: Lapan syarikat Malaysia peroleh pelaburan RM197 juta
Perkongsian itu akan membantu Malaysia mempromosi dan mengembangkan potensinya dalam pertanian mampan.

Tiga syarikat Malaysia meterai MoU bernilai RM100 juta di Ekspo 2020 Dubai
Fokus industri yang diketengahkan kali ini adalah teknologi AI dan Inovasi, perubatan dan kesihatan serta perkhidmatan berkaitan dron.

Ekspo 2020 Dubai 'jendela peluang' pastikan perkembangan Malaysia setaraf negara lain
Ekspo 2020 Dubai yang disertai Malaysia disifatkan sebagai 'jendela peluang' dalam memastikan perkembangan Malaysia setaraf negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Ekspo 2020 Dubai: Manifestasi komitmen kerajaan rancakkan semula ekonomi - Annuar
Penglibatan negara dapat membuka peluang pelaburan baharu, seterusnya membantu ekonomi, khususnya dari segi ekonomi digital.

Serba Dinamik adalah penaja Hari Malaysia Ekspo Dubai 2020
Serba Dinamik Holdings Bhd hari ini menjelaskan bahawa ia merupakan penaja acara Hari Malaysia pada Ekspo 2020 Dubai, sepertimana peranan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MOTAC promosi ekopelancongan di Ekspo Dubai 2020
Malaysia disertai 16 organisasi termasuk lima lembaga pelancongan negeri, tiga persatuan, satu rangkaian hotel.