Lapan peserta yang menyertai Ekspedisi Penyelidikan Saintifik Malaysia ke Antartika telah selamat sampai di tanah air pada petang Ahad.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, beberapa matlamat kementeriannya sudah dicapai melalui ekspedisi ini.
"Mereka membawa pulang penyelidikan dari segi saintifik yang sangat besar dan saya nampak sebahagian daripada penyelidikan termasuk mengenai perubahan iklim yang ada kaitannya dengan pemanasan global dan sebagainya," katanya dalam sidang media menyambut kepulangan peserta Ekspedisi Penyelidikan Saintifik Malaysia ke Antartika.
Sementara itu, menurut ketua ekspedisi berkenaan, Dr Mohamad Huzaimy Jusoh ada sampel yang sudah dianalisa di Antartika dan selebihnya akan dianalisa di sini.
"Sasaran penyelidikan kami yang ingin membuat kajian di lapan stesen di sana berjaya dan kami membawa pulang hasil kajian yang kami rasakan sangat signifikan dalam bidang biologi, kimia dan kejuruteraan," katanya.
Dr Mohd Huzaimy juga berkata, kesemua hasil kajian yang mereka lakukan akan dilaporkan kepada umum kurang daripada setahun.
Beliau juga berkata, mereka akan kumpulkan segala hasil kajian untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sekali gus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Antara sampel yang dibawa pulang dari Antartika ke Malaysia adalah air, alga, sedimen, lumut, batuan, invertebrat dalam lautan, debunga, tanah selain merekodkan bacaan gas rumah hijau dalam udara serta data geomagnetik.
Kelapan peserta merupakan pensyarah daripada universiti tempatan iaitu Dr Mohamad Huzaimy Jusoh , Universiti Teknologi MARA (UiTM); Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir dan Dr Gog Thian Lai, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Dr Emienour Muzalina Mustafa, Universiti Malaya (UM); Aniqah Zulfa Abdul Latif, Universiti Antarabangsa Perubatan Malaysia (IMU); Dr Foong Swee Yeok, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dr Wan Mohd Rauhan Wan Hussin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Ekspedisi ini di bawah Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Norsiah Mohd Ramli
Mon Feb 15 2016

Para peserta Ekspedisi Penyelidikan Antartika Malaysia 2016 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada petang Ahad. - fotoBERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Ekspedisi penyelidikan saintifik Malaysia ke Antartika berjaya
Lapan peserta yang menyertai Ekspedisi Penyelidikan Saintifik Malaysia ke Antartika telah selamat sampai di tanah air pada petang Ahad.